Nuffnang Ads

Ahad, 7 Julai 2013

Sedut lemak bukan untuk kurus


 LIPOSUCTION atau bahasa pasarnya sedut lemak adalah proses menghapuskan lemak daripada lapisan bawah kulit pada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan memperbetulkan bahagian bermasalah dan banyak lemak.

Ramai dalam kalangan wanita salah faham dengan berfi kiran liposuction sebagai satu proses menurunkan berat badan sedangkan ia bukan!

Sebelum mengambil keputusan melakukan sedut lemak, anda perlu bersedia dari segi fi zikal dan mental, mesti ada pengetahuan mengenai proses ini dan tahu apa tujuan utama ia dilakukan.

Paling penting adalah mendapat pendedahan daripada doktor yang berpengalaman di klinik atau di hospital.

Kulit terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan hypodermis.

Epidermis dan dermis merupakan lapisan di mana kelenjar sebum, melanocyte, saraf, rambut tumbuh dan deria sentuh berada.

Lapisan terlibat dalam liposuction adalah hypodermis iaitu tempat lapisan lemak berada.

Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga.

Dalam proses liposuction, lemak yang disedut keluar adalah lemak lapisan pertama dan lapisan kedua.

Oleh itu, masalah selulit juga boleh dirawat dengan kaedah liposuction.

Proses sedut lemak menggunakan laser boleh dibuat pada mana-mana bahagian tubuh, ia tidak terhad kepada perut dan juga punggung malah boleh dilakukan pada lengan, paha, bahagian pipi dan dagu berlapis dengan kos RM3,000 ke atas.

Pakar pembedahan kosmetik akan memeriksa kesihatan pesakit terlebih dulu bagi memastikan mereka sihat untuk menjalani pembedahan sedut lemak.

Jenis rawatan:
Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat seperti laser liposuctiob, power assited liposuction, vaser liposuctiob, body jet liposuction dan sebagainya yang menggunakan mesin canggih dari negara Itali dan German.

Setiap satu prosedur mempunyai kelebihan masing-masing.

Kebanyakan wanita gemar melakukan kaedah sedut lemak laser lipossuctiob yang boleh dilakukan di klinik estetik sahaja.

Ia kaedah lebih selamat, tidak begitu sakit, tidak memakan masa dan tidak mengalami pendarahan.

Pilihan sama ada mahu menjalani rawatan sedut lemak bergantung kepada jenis rawatan — sama ada membabitkan bahagian kecil atau besar. Secara umumnya, rawatan sedut lemak adalah selamat selagi ia dijalankan pakar yang ada peralatan lengkap iaitu sistem pemantauan (bagi memantau tekanan darah dan nadi), elektrokardiogram (ECG), alat intravena (IV) dan cecair titis sehingga sekurang-kurangnya dua liter.

Prosedur sedut lemak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu menyedut kurang satu liter, satu liter atau lebih dua liter lemak.

Bagi prosedur kecil (satu atau kurang daripada satu liter lemak) boleh dilakukan di klinik yang ada semua kemudahan di atas.

Bagi prosedur besar (melebihi dua liter lemak), disaran dijalankan di hospital kerana bagi setiap liter lemak yang disedut, individu berkenaan kehilangan kira-kira 200 mililiter darah. Untuk prosedur besar (dua liter lemak), seseorang kehilangan sehingga 500 militer darah dan kehilangan ini perlu diganti dengan cecair titis sepanjang tempoh rawatan.

Proses rawatan:
Sebelum pembedahan, anda diberi ubat bius (setempat atau menyeluruh). Sebaik ubat bius bertindak, pembedahan dimulakan menggunakan alat penyedut yang dilekatkan dengan kanula (alat besi kalis karat).

Lebihan lemak disedut menggunakan pam penyedut atau jarum besar. Tempoh rawatan berbeza mengikut jumlah lemak disedut.

Selain itu jika berlaku komplikasi akibat penyakit lain, pesakit boleh dihantar terus ke unit rawatan rapi dengan segera untuk dipantau sepanjang masa. Jadi isu lambat mendapat rawatan susulan tidak timbul jika dijalankan di hospital walaupun kosnya lebih sedikit berbanding di klinik.

Jika hendak melakukan liposuction kali kedua perlu tunggu enam bulan bagi memberi peluang tubuh kembali stabil dari semua kesan ubat bius. Anda tidak boleh jalani rawatan sedut lemak berulang kali dalam tempoh singkat.

Dari sudut kesihatan, proses sedut lemak membolehkan seseorang menjadi lebih sihat dengan terhapusnya lemak yang menjadi beban kepada tubuh.

Setelah proses ini, seseorang akan terdorong untuk kembali menjaga pemakanan dan mengawal berat badannya.

Seseorang yang menjalani sedut lemak lazimnya akan menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan berat dan bentuk badan idaman.

Namun, sedut lemak bukan jalan termudah untuk menghilangkan berat badan atau sebagai jalan untuk membuang lemak dengan cepat.

Jalan yang terbaik dan paling selamat adalah dengan menjaga diet dan senaman di samping memperbetulkan ketidakseimbangan hormon.

Menjaga makanan dan senaman memperbetulkan fungsi badan dan menghilangkan berat badan.

Tiada ulasan:

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1