Nuffnang Ads

Khamis, 30 Julai 2009

Khasiat Serai



petua untuk cairkan lemak;

Rebus 3 btg serai bersama 2 cwn air, biar mendidih hingga tinggal 1 cwn,
minum semasa masih panas.... tapi jgn le hingga melecur pulak ye...

Rebus segengam ketumbar kering bersama 2 cwn air, biar mendidih
hingga tinggal 1 cwn, minum semasa masih panas.. Klu nak buang angin
leh tambah halia semasa merebus.

Amalan nie dilakukan seminggu sekali sahaja..... insysallah akan dpt
lihat hasilnya....

demam kuning (Bayi):

1. Ambil secekak serai sekali dengan akar dan daunnya.
2.Bersihkan tapi jangan di buang akar serai tadi.
3.Rebus dengan sebaldi air ( lebih kurang )

Amalkan memandikan bayi selama 3 hari berturut-turut dan jangan di bilas air mandian tadi.

Rabu, 29 Julai 2009

Khasiat Jagung





1. Kesihatan Jantung

Jagung memang terkenal dengan kebaikannya yang dapat membantu mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Ianya sangat berguna untuk cardiovascular manusia. Pembinaan “homocysteine” di dalam badan sering kali dikaitkan dengan penyakit jantung.

Pembinaan “homocysteine” di dalam darah menjadi penyumbang kepada tersumbatnya saluran darah yang mengalir ke jantung mahupun ke otak. “Homocysteine” boleh terbentuk apabila berlaku abnormalities (kecacatan) serta defisiensi dalam pemprosesan Vitamin B dalam badan.

Jagung mengandungi tahap asid folic (sejenis vitamin B) yang tinggi, yang mana ianya mampu memulihkan saluran darah yang tersumbat. Selain dari itu juga Jagung mengandungi niacin (rujuk article berkenaan cendawan dan labu) yang dikatakan mampu menurunkan tahap kolesterol, sekaligus membantu mengurangkan penyakit-penyakit berkaitan dengan jantung.

Magnesium pula yang ada dalam jagung membantu melancarkan perjalanan darah, oksigen serta khasiat makanan keseluruh tubuh badan. Selain dari itu juga magnesium dapat mengurangkan keadaan penyakit lain seperti asma, migrain, tekanan darah yang tidak normal serta mengurangkan risiko penyakit “atherosclerosis” (keadaan dimana pembuluh darah menebal dan boleh meyebabkan tersumbat) serta penyakit jantung-kencing manis.

2. Dapat mengurangkan risiko barah paru-paru (lung cancer) - smokers take note !!!!

Satu kajian yang telah dipaparkan di dalam Cancer Epidemiology, Biomarkers And Prevention, yang dijalankan di China mendapati mereka yang banyak memakan makanan seperti jagung, labu, betik, oren dan beberapa jenis buah lagi, mendapati risiko barah paru-paru telah menurun sebanyak 37% bagi mereka yang merokok. Ini adalah kerana jagung (dan buah-buahan yang lain tadi) mengandungi “beta-cryptoxanthin” atau biasa disebut sebagai carotenoid, ianya lebih bersifat provitamin A, yang mana apabila diserap oleh tubuh carotenoid ini ditukar menjadi vitamin A.

3. Penambah Tenaga

Jagung mengandungi “pantothenic acid”. Asid pantothenic ini sangat berguna bagi tubuh badan manusia kerana ianya mampu untuk mengubah karbohidrat yang kompleks menjadi glukosa yang seterusnya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin B5. Ada juga pendapat yang mengatakan pantothenic acid ini mampu merangsang mimpi yang agak vivid (jelas) jika diambil sebelum tidur dan mungkin dapat mengingatinya kembali. Hmmm menarik, Abg Saidi ! Chuppp 3 packet!!! Selain dari itu Pantothenic acid ini digelar sebagai vitamin anti-stress. Ini adalah kerana asid jenis ini berupaya membentuk pelbagai jenis hormon adrenal yang memberikan manusia keupayaan untuk bertindakbalas serta menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan stress/tekanan.

Dalam masa yang sama juga, beta-carotene di dalam jagung juga menambahkan hemoglobin di dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein yang membawa oksigen ke sel-sel dalam badan dan mampu mengurangkan rasa keletihan.

4. Meningkatkan Metabolisma

Jagung sangat kaya dengan manganese, sejenis mineral yang merangsang kelenjar thyroid manusia untuk membina lebih banyak “triiodothyronine”, iaitu sejenis hormon yang meningkatkan kadar metabolisma manusia. Lebih tinggi kadar metabolisma lebih baik proses pembuangan sisa badan manusia, dan ada berpendapat ianya juga dapat membantu bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Selain daripada yang tersenarai diatas, terdapat beberapa khasiat Jagung ini. Ianya juga telah terbukti dapat merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan risiko barah usus (colon cancer) dan mengurangkan sakit perut. Ianya juga sangat baik untuk sistem penghadaman. Tambahan pula ianya mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah, yang mana ianya bermanfaat bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti hypoglycemia dan kencing manis.

Jagung juga dikatakan mengandungi sumber “thiamin” atau vitamin B1. Selain daripada salah satu sumber yang membantu pembinaan tenaga ianya juga sangat penting bagi fungsi kognitif sel otak (proses otak berfikir). Ianya diperlukan bagi proses sintesis “acetylcholine”, satu jenis neurotransmitter yang penting untuk meningkatkan daya ingatan.

Yang terakhir sekali adalah ianya dapat mengurangkan risiko NTD atau Neural-Tube Birth Defects (kecacatan bayi baru lahir). NTD boleh menyebabkan kematian atau kecacatan yang serius.

Antara lain, perubatan tradisi menyatakan yang tepung jagung dapat mengurangkan gatal-gatal kulit. Cuma ambil sedikit tepung jagung, campurkan dengan sedikit air dan sapukan kebahagian yang terasa gatal mungkin kerana gigitan serangga. Bagi chickenpox pula masukkan satu sudu besar tepung jagung kedalam mandian, 15 minit mandian dapat mengurangkan rasa gatal pada badan. Jika jagung itu sendiri mampu melancarkan proses pembuangan, tepung jagung pula bertindak sebaliknya. Jika berlaku diarrhea, ambil satu atau dua sudu tepung jagung campurkan dengan segelas air minuman.

Isnin, 27 Julai 2009

Petua Menghilangkan Panau




Ada di antara kita yang menghadapi masalah panau di badan. Jika panau tersebut berada di bahagian yang tertutup mungkin kurang merunsing tetapi jika di kawasan pandangan orang mungkin akan menjejaskan keyakinan diri.

Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diusahakan untuk menghilangkan panau antaranya ialah;

Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau.

Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.

Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.

Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.

Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.
Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.

Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat.Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan selalu.

Sabtu, 25 Julai 2009

Petua Daun Sirih

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera.

Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

Ari-ari Pedih - Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

- Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.

Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya

Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.

Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.

- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).

Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.

Zahir Batin - Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.

- Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh.

- Sirih bertemu urat tujuh helai, makan tujuh pagi. Jangan setubuh dengan perempuan selama memakannya. Sirih tersebut hendaklah dituliskan rajah seperti berikut; |rafal3.jpg (12995 bytes) |. Menguatkan alat kelamin lelaki ketika bersetubuh.

- Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki.

- Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.


Selasa, 21 Julai 2009

Petua menjaga kesihatan mata dan muka



DI ANTARA deria penglihatan yang penting bagi manusia ialah mata. Tanpanya, sukar bagi kita menjalani kehidupan seharian. Justeru, terdapat beberapa cara bagi menjaga mata supaya kelihatan lebih bersinar.

Jika menggunakan solekan mata, ia perlu dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan mata daripada solekan perlu dilakukan dengan betul. Ini bagi mengelak bahan kimia meresap ke mata yang boleh mengakibatkan rabun warna.

Bahan pembersih mata yang sesuai perlu digunakan bagi menanggalkan solekan.

Mengurut sekeliling mata boleh mempercepatkan pengaliran darah dan mengelak berlaku kedutan. Mulakan urutan di bawah mata, di tepi dan kelopak mata. Ulang cara yang sama di sebelah mata lagi.

Cara tradisional juga boleh diamalkan. Anda hanya perlu menggunakan daun teh dengan merendam ke air panas.

Apabila sejuk, letak daun teh ke kelopak mata. Sebaik-baiknya tutup dengan tuala bersih dan biarkan seketika.

Mentimun boleh digunakan untuk memelihara kecantikan mata. Hiris mentimun nipis-nipis, kemudian letak di kelopak mata untuk seketika. Biasanya mentimun akan menjadi panas dengan cepat, justeru anda perlu menggantikan mentimun itu beberapa kali bagi menghilangkan keletihan mata.

Cara lain ialah dengan menggunakan telur ayam yang direbus. Sapukan telur itu di sekeliling kelopak mata. Cara ini dipercayai dapat melegakan mata yang letih.

Selain itu, anda boleh gunakan ketulan ais kecil bagi menyegarkan mata yang mengantuk. Letakkan tisu bersih dan tutupkan kelopak mata. Kemudian, ambil ais dan gosok di atas tisu itu beberapa kali.

Mata yang cantik dan bersih lahir daripada mata yang sihat. Oleh itu, peliharalah ia setiap waktu.

Isnin, 20 Julai 2009

Khasiat Madu Lebah



Petua & khasiat Madu Lebah

Petua & khasiat Madu Lebah
Berikut beberapa petua & khasiat Madu Lebah

Petua 1 : Untuk Mendapatkan Anak
Ramuannya
1- 3 Ulas Bawang Besar
2- 1 biji telur ayam kampung
3- Madu Lebah secukupnya

Kesemua bahan tadi hendak dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan,
sebelum itu hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman,
sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Bacalah
selawat sebelum meminum air tersebut.


Petua 2 -Untuk Mengatasi masalah serangan angin, biasa didalam perut
1- Madu Lebah
2 - Bawang Merah
3- Halba

Bawang merah hendaklah ditumbuk sehingga lumat, kemudian airnya
diperah . Halba hendaklah direbus hingga hancur dan lembik. kedua-dua
dicampurkan dengan madu.Ramuan ini hendaklah diminum setiap pagi.


Petua 3 - Untuk menstabilkan Tenaga Batin
1- Madu Lebah
2- Bawang Merah

Madu lebah dan bawang merah itu direbus sehingga bau bawang merah itu
hilang. Campuran itu hendaklah dimunum satu sudu makan tiap hari
selepas makan. Jumlah madu dan bawang merah hendaklah dalam sukatan
yang sama.

Ahad, 19 Julai 2009

Rahsia Kangkung


Rahsia Perubatan Semulajadi-Kangkung
Kali ini kita tengok khasiat sayur. Ramai yang tak suka makan sayur kan? Ha..rugila macam tu. Selain membekalkan khasiat seperti vitamin dan zat galian, sayur juga mempunyai khasiat dalam menyembuhkan beberapa penyakit atau masalah kesihatan. Siri kali ini, saya huraikan khasiat sayur kangkung atau nama saintifiknya Ipomea reptans.

Kangkung mudah diperolehi dan murah plak tu. Di kawasan kampung, kangkung mudah tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air. Tapi, pastikan anda bersihkan dulu ye kangkung tu walau di mana pun anda daptkannya. Edisi kali ini, saya nak bagitau anda empat rahsia perubatan kangkung; merawat buasir, merawat insomnia, sakit kepala dan melebatkan rambut!

1. Merawat buasir

Bagi anda yang menghidap penyakit ini, mungkin anda merasa malu untuk berjumpa doktor. Mungkin kangkung boleh bantu anda. Setidak-tidaknya membantu proses penyembuhan penyakit anda. Untuk merawat buasir, anda boleh gunakan kangkung sebagai ulam. Bagi anda yang tak suka makan mentah, anda boleh celur atau rendam seketika kangkung ke dalam air panas. Ingat, jangan lama-lama ye. Nanti khasiatnya hilang. Amalkan selalu ulam kangkung. Pasti ada perubahan!

2. Merawat Insomnia atau susah tidur

Amalan kangkung sebagai makanan bersama nasi dapat membantu anda yang susah untuk tidur. Pelbagai cara boleh dilakukan sama ada makan sebagai ulam ataupun buat sayur goreng ataupun sebagai sayur berkuah. Terpulang kepada selera anda. Yang penting, jangan masak dalam jangkamasa yang lama bagi memastikan khasiatnya.

3. Merawat sakit kepala

Yang selalu sakit kepala, kaedahnya sama seperti kaedah 1 dan 2 di atas.

4. Melebatkan rambut

Bagi yang kurang rambut di kepala tu, ha..ini kaedahnya. Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Sediakan semangkuk/sebesen kecil air. Kemudian, ramas kangkung tai di dalam rendaman air tersebut. Ramas sehingga keluar lendir-lendir dari kangkung tersebut. Ambil lendir tersebut, sapukan kepada kulit kepala anada yang kurang rambut tu! Kemudian, balut dengan tuala dan biarkan sehingga 30minit. Setelah 30minit, buka tuala dan bersihkan kepala anda. Untuk hasil yang optimum, amalkan seminggu sekali.

Pesanan : Kangkung mempunyai batang yang berongga ataupun ruang kosong. Ruang kosong ini mudah untuk dimasuki cacing ataupun ulat. Sebaiknya, jika kangkung yang anda beli/perolehi mempunyai batang yang besar, anda bolehlah membelah batang tersebut dan cuci.

Semoga edisi kali ini dapat bantu ramai pembaca setia blog ni.

Sabtu, 18 Julai 2009

Khasiat Buah Jering





Pelbagai jenis ulam segar menjadi pilihan sama ada dari jenis buah, biji dan daun tumbuhan atau herba.


Ulam-ulam tradisional itu termasuklah petai, kerdas, daun pegaga, ulam raja, pucuk gajus, kacang botor, pucuk betik dan daun tenggek burung.


Dalam pada itu, satu lagi ulam yang begitu popular dan menjadi kegemaran ramai sebagai pembangkit selera makan ialah biji JERING.
Buah atau biji benih jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja.

Ramai juga yang mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api.


Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya.

Malah ada yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk.

Pokok jering atau nama saintifiknya Pithecellobium jiringa (Jack) Prain dari keluarga Leguminosae, besar dan rendang manakala daunnya berpasangan tanpa berbulu.

Bunganya pula berwarna putih dan berjambak manakala buahnya dalam bentuk lenggai panjang tetapi tidak lurus dengan ukuran lazim antara 20 dan 26 sentimeter (sm).
Kulit jering tebal dan berwarna coklat tua sementara bijinya bersaiz besar lebih kurang 3 hingga 5sm tetapi leper.

Pokok jering biasanya tumbuh di kawasan hutan atau ditanam oleh penduduk kampung.
Di sebalik keistimewaan buah jering sebagai ulam, ia juga sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri untuk perubatan dan kesihatan.

Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin memberitahu, jering mempunyai kandungan protein yang agak tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus.

Menurut beliau, kandungan pemakanan lain ialah 84.1 peratus karbohidrat, 52 peratus air, 1 peratus abu, 0.8 peratus lemak dan 3.6 peratus gentian.
“Buah jering mempunyai nilai perubatan dan khasiat kepada manusia iaitu dapat mengurangkan tekanan darah tinggi,” kata Zainal Abidin.
# para pengunjung yang ada petua-petua lama sila kirimkan untuk kita berkosngi bersama!

Jumaat, 17 Julai 2009

Khasiat Petai



Kajian 1:

Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
masalah kegemukan.
4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.



kajian 2:

Sebagai buah yang membuat bau mulut dan bau kentut sangat tidak sedap, Petai (Pete) ternyata mengandung 3 macam gula alami yaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.

Kombinasi kandungan ini mampu memberikan dorongan tenaga yang instan, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Riset membuktikan dua porsi pete mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktivitas berat selama 90 menit.

Makanya jangan heran jika pete adalah buah yang disukai oleh para atlet top. Penelitian juga membuktikan bahwa pete tidak hanya memberikan energi, namun juga mampu mencegah bahkan mengatasi beberapa macam penyakit dan kondisi buruk. Ini membuat pete menjadi salah satu makanan penting dalam makanan keseharian kita.

Dari daftar di bawah ini akan terlihat dan diketahui kalau ternyata pete ini memiliki khasiat yang sangat luar biasa atas beberapa penyakit.



1. Depresi
Menurut survei yang dilakukan oleh MIND diantara pasien penderita depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan pete. Hal ini terjadi karena pete mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang membuat orang jadi rileks, mampu memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.

2. PMS (premenstrual syndrome)
Jika mengalami PMS saat ‘tamu’ datang, Anda tidak perlu minum pil ini apapun, cukup atasi dengan makan pete. Vitamin B6 yang dikandung pete mengatur kadar gula darah, yang dapat membantu mood.

3. Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pete dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.

4. Tekanan darah tinggi
Buah tropis unik ini sangat tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk memerangi tekanan darah. Begitu tingginya, sehingga FDA Amerika mengizinkan perkebunan pete untuk melakukan klaim resmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan resiko tekanan darah dan stroke.

5. Kemampuan otak
200 siswa di Twickenham (Middlesex) tertolong dengan mudah melalui ujian pada tahun ini karena memakan pete pada saat sarapan, istirahat, dan makan siang. Riset telah membuktikan bahwa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu belajar dengan membantu siswa semakin waspada.

6. Sembelit
Karena kandungan serat yang tinggi, maka pete akan mempermudah menormalkan kembali aksi pencernaan, membantu mengatasi permasalahan ini tanpa harus kembali ke laksativ.

7. Obat mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake pete, yang dimaniskan dengan madu. Pete akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula darah yang jatuh, sedangkan susu akan menenangkan dan kembali memperbaiki kadar cairan dalam tubuh.

8. Kekenyangan
Pete memiliki efek antasid pada tubuh, sehingga bila dada Anda terasa panas akibat kebanyakan makan, cobalah makan pete untuk mengurangi sakitnya.

9. Mual di pagi hari
Makan pete di antara jam makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.

10. Gigitan nyamuk
Sebelum Anda meraih krim gigitan nyamuk, coba untuk menggosok daerah yang terkena gigitan dengan bagian dalam kulit pete. Banyak orang berhasil mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.

11. Untuk saraf
Pete mengandung vitamin V dalam jumlah besar, sehingga akan membantu menenangkan sistem saraf.

12. Kegemukan
Penelitian di Institute of Psychology Austria menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan yang menenangkan seperti coklat dan keripik. Dengan melihat kepada 5.000 pasien di rumah sakit, peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang mejadi gemuk karena tekanan kerja yang tinggi. Laporan menyimpulkan bahwa, untuk menghindari nafsu memakan makanan karena panik, kita butuh mengendalikan kadar gula dalam darah dengan ngemil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mempertahankan kadarnya tetap.

13. Luka lambung
Pete digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan karena teksturnya yang lembut dan halus. Buah ini adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kasus yang parah. Buah ini juga mampu menetralkan asam lambung dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam lambung.

14.Mengatur suhu tubuh
Banyak budaya lain yang melihat pete sebagai buah ‘dingin’ yang mampu menurunkan suhu tubuh dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan pete untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu tidak tinggi.

15. Seasonal Affective Disorder (SAD) (penyakit emosional yang kacau)
Pete dapat membantu penderitas SAD kerena mengandung pendorong mood alami, tryptophan.

16. Merokok
Pete dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh cepat sembuh dari efek penghentian nikotin

17. Stres
Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, kecepatan metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.

18. Stroke
Menurut riset dalam “The New England Journal of Medicine,” makan pete sebagai bagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan resiko kematian karena stroke sampai 40%.

19. Caplak
Mereka yang suka berpaling pada pengobatan alami akan berani bersumpah, jika anda ingin mematikan caplak, maka ambil sepotong pete, dan letakkan di caplak itu. Tetap pertahankan pete itu dengan menggunakan plester!

Setelah membaca semua fakta diatas maka anda harus percaya bahwa pete adalah obat alami untuk berbagai macam penyakit. Jika anda membandingkannya dengan apel, pete memiliki protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, tiga kali lipat fosfor, lima kali lipat Vitamin A dan zat besi, dan dua kali lipat jumlah vitamin dan mineral lainnya.

Pete juga kaya kalium dan merupakan buah dengan nilai makanan terbaik. Jadi mungkin sekaranglah saatnya Anda mengubah kata-kata yang sudah terkenal mengenai apel itu menjadi: “A Petai a day keeps the doctor away” (makan pete tiap hari akan menjauhkan Anda dari dokter). (KS/ly)

petua menghilangkan bau badan.



1. Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa
kuntum bunga cengkih. Kacau sebati dan minum tiga kali sehari.
Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan
masalah keputihan bagi wanita.

2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau
tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum
dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda
jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau badan yang
tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan
haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis
juga boleh digunakan.

3. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya
dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi.
Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda
cerah dan tidak berbau.

4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan
digoreng. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian
sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah
lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau
tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu
sekali.

5. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat,
selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan
seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu.

Petua Kecantikan Semulajadi

(gambar hiasan wanita ayu )


1.Petua menjaga muka


Menghaluskan kulit muka

a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

Menegangkan kulit muka

a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.

Menghilangkan jerawat

a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.

b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

Merawat kulit berkedut

a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

2.Petua menjaga rambut
Mengelakkan rambut gugur

a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Menghilangkan kelemumur

a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.

Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. Selamat mencuba!

# Sekiranya anda mempunya petua-petua tradisional sila kirimkan untuk kita berkongsi bersama.

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1