Nuffnang Ads

Ahad, 27 April 2014

6 Petua Hilangkan JERAGAT di Muka

Petua 1 :
Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkan 5 minit dan bersihkan muka dengan air bersih.

Petua 2 :
Guna putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka. Tekap sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3 :
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4 :
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah kembang tumbuk atau kisar dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh wajah dan biarkan kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci dengan air suam.

Petua 5 :
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan gebu.

Petua 6 :
Wapkan muka terlebih dahulu selama 5 minit. Caranya ialah dengan memasak air panas hingga mendidih, angkat dan suakan muka kepermukaan bekas air tersebut agar wap air tersebut mengenai wajah anda. Setelah itu ambil kapas dan sapukan sedikit minyak zaitun ginvera ke muka yang telah diwap tadi. kemudian basuh muka dan letakkan piling St Ives (dapatkan di farmasi) sapu pada muka sehingga kering dan kemudian gosok perlahan sehingga piling terkeluar. Cuci muka, kemudian letakan cream pemutih muka ikut kesesuaian di bahagian yang ada jeragat diseluruh kawasan wajah anda. Jeragat akan hilang jika lakukan setiap minggu. Lakukan pada sebelah malam sebelum tidur.

8 ulasan:

Delimasari berkata...

gd info -

Rose Azadir berkata...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

Fatimah Bt Tony berkata...

Perkongsian yang sangat menarik ni. Memang bermanfaat untuk mereka yang ada kulit bermasalah.

Kalsom Ali berkata...

Anda ada masalah jerawat....
Jerawat....
Kawah di muka..
Tona kulit tak sekata....

Mai whatsapp saya 0176607841
Insyaa─║ah saya akan cuba bantu anda..

thehealthinspector: berkata...

Tq atas info.

Jemput lawat blog saya

www.thehealthinspector.wordpress.com

Emi Ariyani Aris berkata...

Salam. Saya juga ada membuat entry tips hilangkan jeragat :) jemput singgah.

suhailey mohd noor berkata...

terima kasih info. petua no 5 tu mudah lah

Fatimah Bt Tony berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan Jeragat.

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1