Nuffnang Ads

Ahad, 10 Januari 2010

Khasiat BUAH KUNDUR




#Buah kundur atau nama botaninya Benincasa hispida ( thunb.) Cogn.
# Nama yang lain ialah Benincasa cerifera G. Savi.
# Di Malaysia buah kundur di kenali juga dengan beligu.
# Orang Jawa mengenalinya dengan nama beligo atau belonceng.
# Nama Inggeris untuk kundur ialah wax gourd, white gourd dan ash gourd. Perkataan gourd merujuk kepada pelbagai jenis buah dalam famili Cucurbitaceae seperti peria (bitter gourd), labu (musky gourd), labu air (bottle gourd) dan sebagainya. Perkataan wax white dan ash merujuk debu putih yang terdapat pada kulit buah kundur.

Di kalangan Orang China, buah ini dinamai tung kua yang bermakna labu musim sejuk. Ini adalah kerana buah kundur tua boleh disimpan dalam tempoh yang sangat lama. Oleh sebab itulah buah kundur yang masih segar boleh juga diperolehi pada musim sejuk. Ada ahli sains berpendapat tumbuhan kundur liar asalnya didapati di Jepun dan Jawa.

Namun begitu, di Malaysia tidak terdapat kundur liar. Oleh sebab itu, kundur lebih banyak ditanam di kawasan yang tidak terlalu lembab seperti di Malaysia.

Kundur biasanya ditanam dengan bijidan akan mengeluarkan hasil dalam masa 4-5 bulan. Buah kundur boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Ada yang bulat tetapi bahagian pangkal dan hujungnya leper, ada bulat seperti bola dan ada berbentuk silinder panjang. Buah jenis silinder panjang ini boleh disimpan sehingga setahun selepas dituai.

Di Malaysia terdapat kundur Cina dan Kundur Jawa. Kundur Cina berkulilt licin manakala kundur Jawa berbulu.Akar buah ini dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Ciri inilah yang menimbulkan idea untuk mencatumkan pokok tembikai atau tembikai madu dengan batang kundur supaya ia kurang diserang penyakit.

Buah kundur masak boleh dimakan mentah tetapi ia lebih biasa dimasak seperti sayur yang lain atau dimasak bersama dengan daging untuk menambahkan keenakannya. Isi buah kundur masak tidak berbau berbanding dengan buah kundur muda atau separuh masak. Isinya sesuai dibuat sup.

Di kalangan orang cina, isi buah kundur biasa dibuat manisan atau acar manis. Buah kundur didapati mengandungi 97% air dan sedikit garam galian serta vitamin, kanji, alkaloid jenis cucurbitine, resin asid, protien jenis myosin dan vitellin, seta gula.

Sebenarnya buah kundur sesuai di makan untuk menghilangkan dahaga dan perangsang buang air kecil. Daun muda, kudup bunga dan buah muda pula boleh di masak. Pada masa dahulu, lapisan luar kulit buah kundur digunakan untuk membuat lilin.

Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan. Daunnya digunakan sebagai ubat pupuk untuk tujuan yang sama. Buah kundur boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea dan sawan.

Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai ubat untuk merangsang buang air kecil dan air besar, penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa.

Abu biji kundur digunakan untuk mengubat penyakit gonorea manakala abu kulit buah untuk penyakit luka.

Masyarakat Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan bengkak.

4 ulasan:

Wawank berkata...

ada bibitnya gak?
visit my blog, don't forget to follow!

baincardin berkata...

thank you for sharing d info. terus saja follow sini..:)

Masayu Ahmad berkata...

salam ibu,

saya sudah add blog ibu

sy suka pengisian blog ini, penuh informasi

salam perkenalan dari saya

blog suhaimi berkata...

mcm nk dptkan putik buah kundur..yg muda...nk wat ubat...kat JB ni susah nk dpt...TQ

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1