Nuffnang Ads

Jumaat, 22 November 2013

Khasiat limau bali


Hampir semua orang kenal buah limau bali. Isi buahnya yang segar dan banyak mengandung air, boleh terus dimakan setelah dikupas atau sebagai campuran salad maupun rojak. Buah limau bali [bahasa Inggeris: Pomelo) bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung.

Fakta Ringkas Limau Bali:

Nama Tempatan: Limau Bali, Limau Besar atau Limau Tambun
Nama Saintifik: Citras grandis Osbeck
Keluarga: Rutaceae
Asal: Limau bali berasal dari asia tenggara. Penanamannya didapati meluas di Indonesia, China dan Thailand.
Kawasan Utama Tanaman: Di Malaysia, limau bali banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka, Kelantan dan Johor.
Kegunaan: Ia biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus.

Khasiat dan Manfaat:

Buahnya yang berwarna putih (ada yang merah) dapat dijadikan manisan setelah dibuang bahagian kulit luarnya yang banyak mengandung kelenjar minyak. Di Vietnam, bunganya yang harum digunakan untuk membuat minyak wangi ( perfume ). Bukan hanya itu, kayunya juga sering dimanfaatkan untuk membuat perkakas alat dapur.

Buah limau bali amat bermanfaat menurunkan kolesterol dan melawan penyakit jantung.Selain itu, limau bali juga baik untuk kesihatan gusi kerana kadar vitamin C-nya tinggi. Hal ini dibuktikankan oleh pengkaji di Universiti Friedrich Schiller, Jerman, yang menemukan kaitan kesihatan gusi pada mereka yang banyak makan buah limau bali.

Penelitian melibatkan 58 responden yang mengalami kerosakan gusi yang cukup parah. Kenyataannya, limau bali membawa kesan positif setelah dimakan setiap hari selama dua minggu. Bahkan, kesan positif itu juga berlaku bagi perokok maupun bukan perokok. Seperti diketahui merokok adalah salah satu penyebab utama kerusakan gusi.

Manfaat lain limau bali, ianya mampu membersihkan sel darah merah yang telah tua di dalam tubuh dan menormalkan hematokrit (percentage sel darah per volume darah). Sekaligus sebagai sumber antioksidan bagi penyakit kanser.

Selain dimakan buahnya, limau bali sering diolah dalam bentuk jus. Semasa membuat jus, korang boleh mencampur limau bali dengan bahan atau buah lainnya, sehingga rasanya jadi lebih nikmat.

Sumber vitamin C dan menurunkan kolesterol:

Makan dua “ruang” (ruang dalam buah) limau bali ukuran sedang setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya secara maksima.

Minuman antioksidan dan antikanser:

Ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya. Masukkan ke dalam blender, tambahkan air secukupnya. Boleh juga ditambahkan satu sudu teh madu dan buah lainnya seperti mangga atau pir.

Cara lain, ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya, dan 1 cm halia yang telah dibuang kulitnya. Masukkan seluruh bahan tersebut ke blender dengan ditambah sedikit air.

Manisan:

Potong-potong bahagian kulit limau bali (kulit luarnya dibuang) berbentuk kiub, rebus dengan api kecil selama 60 minit. Buang air rebusannya, tapiskannya, lalu ditimbang. Siapkan gula pasir sama beratnya dengan berat kulit limau yang telah direbus.

Masukkan kulit limau bali yang telah direbus dalam periuk, tambah air hingga terendam seluruhnya, tambahkan gula pasir. Rebus di atas api kecil sambil sesekali dikacau sampai menjadi sirap pekat. Angkat, biarkan kulit limau tetap terendam dalam sirap semalaman.

Esoknya, masak lagi di atas api kecil hingga sirap gula hampir habis. Keluarkan kulit limau dari sirap, hamparkan di atas nyiru, jemur hingga setengah kering. Potong-potong kecil panjang, masukkan ke dalam bekas tertutup. Agar tahan lama (1 bulan), simpan di dalam almari.

Selain dimakan begitu sahaja, manisan kulit, limau bali boleh dicampurkan ke dalam adunan kek, terutama untuk menggantikan manisan yang lain atau kulit limau purut. Manisan kulit limau yang dicampur manisan kering buah-buahan akan memperkaya cita rasa fruitcake.

Perokok juga dianjurkan untuk makan buah limau bali dua “ruang” (ruang dalam buah) setiap hari. Peningkatan kadar vitamin C di dalam darah mampu memperbaiki jaringan yang rosak, bahkan kanser, disebabkan ketidakstabilnya molekul radikal bebas kerana rokok dan polusi udara.

Jumaat, 15 November 2013

PETUA UNTUK ATASI SAKIT PINGGANG


1- Ambil sepotong halia sebesar ibu jari dan tumbuk halus.  Kemudian campurkan dengan dua gelas air dan sedikit gula.  Rebus sampai mendidih.  Kemudian, biarkan sejuk.  Minum dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.

2- Ambil kuning telur dan telan mentah-mentah.  Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

3- Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.
( Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil).

4- Ambil 10 helai daun kecubung yang ditumbuk bersama kapur sirih sehingga hancur. Kemudian tampalkan ramuan tu pada bahagian pinggang yang sakit. Lakukan 2-3 kali sehari sehingga pinggang tidak lagi terasa sakit.

5- Cari 20 helai daun nona. Rebuskan daun tersebut dengan 5 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal 3 gelas sahaja. Untuk sembuhkan sakit pinggang, minum air rebusan tu sekali sehari sebanyak setengah gelas setiap kali minum.

6- Baring atas lantai tanpa tilam, baring melentang/telentang dengan meluruskan kaki sekurang-kurang selama sejam sehari.(amalkan setiap hari insya Allah tak sampai 2 minggu sakit tadi akan sembuh.

selamat mencuba..

Jumaat, 8 November 2013

KHASIAT DAUN INAI


Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk

Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku:
Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.

Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut:
Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang.

Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan:
Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai:
Dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas.

Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Jumaat, 1 November 2013

Wortel: Bisa meningkatkan kualitas sperma


Kegelisahan pasangan menikah yang belum juga dikaruniai anak, mungkin disebabkan kualitas sperma yang menurun. Di negara-negara Barat, mulai muncul kekhawatiran akan kondisi itu, khususnya kaum adam.

Diperkirakan, 30 persen pria menderita kurang subur, dan dua persen benar-benar tak subur. Para ahli yang dipimpin Harvard University lantas melakukan penelitian, apa yang bisa menjawab masalah itu.

Rupanya, cara meningkatkan kualitas sperma mudah saja. Tinggal konsumsi wortel. Tak hanya meningkatkan ketajaman penglihatan, buah favorit kelinci itu juga bisa menjawab kegelisahan para pria soal kualitas sperma mereka.

Mengutip laman Daily Mail, di antara sayur dan buah lainnya, wortel yang paling efektif.

Penelitian itu melibatkan sekitar 200 pemuda sehat. Mereka diberi berbagai sayur dan buah, lalu dilihat efeknya pada sperma. Nyatanya, makanan berwarna kuning dan oranye punya dampak positif.

Dari semuanya, makanan yang paling direkomendasikan adalah wortel. Ia bisa meningkatkan kualitas sperma, 6,5 sampai 8 persen. Menurut jurnal Fertility and Sterility, wortel membantu sperma ‘berenang’ lebih baik ke arah sel telur untuk membuahinya.

Sebab, peningkatan kualitas sperma berasal dari zat karotenoid. Itu juga termasuk beta-karoten, yang mengandung antioksidan dan vitamin A. Antioksidan penting untuk menetralisir radikal bebas, serta memperbaiki DNA dan sel-sel tubuh yang rusak.

Sedang buah dan sayur berwarna merah, seperti tomat yang mengandung lycopene, membantu mengurangi bentuk sperma yang tak normal. Kontribusinya sekitar 8 sampai 10 persen.

Sebaliknya, pria yang memiliki kualitas sperma sangat buruk, adalah mereka yang rutin mengonsumsi makanan mengandung lemak jenuh. Produksi spermanya rendah dan kualitasnya buruk. Itu berkebalikan dengan mereka yang mengonsumsi omega-3.

Petua Merawat Anak Demam


Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai sebab tak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.

Bunga raya:
Untuk menurunkan suhu badannya ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas-ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun baby atau anak kecil berkenaan. Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.

Air kelapa muda:
Kalau ada yang demam berpanjangan dan masih tidak mahu kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat, boleh dicuba ikhtiar nie.

Untuk merawat demam yang tak kebah-kebah tu,cuba beri minum air kelapa muda dua kali sehari. InsyaAllah, badan panas tu akan mulai turun.

Bawang merah:
Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.

Selain cara di atas, menurut orang tua-tua dulu, Bawang yang telah ditumbuk itu seeloknya dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa. Kemudian barulah dilumurkan ke badan si anak, terutama bahagian punggung dan dada.

Air asam jawa:
Jika anak anda ataupun anda sendiri diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, boleh lahcubameredakan demam tu dengan menjaram kepala dengan air asam jawa.

Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Lepas tu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.

Lakukan berulang kali sehingga suhu panas badan terasa mulai reda.

Sirih pinang:
Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan tu hingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Lepas tu sapukan pada kepala anak yang demam.

Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

Ubi kayu:
Kalau ada bayi atau anak kecil yang demam, boleh juga dirawat dengan ubi kayu untuk menurunkan suhu badan yang panas.

Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan tu ditempekkan ke dahi budak tu. Bila parut tu kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa.

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1