Nuffnang Ads

Sabtu, 30 Januari 2010

Maman: Meningkatkan Selera Makan




MAMAN:
Nama Saintifik: Cleome gynandra
Famili: Capparidaceae


MAMAN adalah sayuran tradisional yang sangat digemari masyarakat desa. Pucuk atau daun muda yang dijeruk dimakan dengan nasi. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar atau dihirup seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini merangsang selera sehingga nasi lebih enak dimakan dan lebih berselera daripada biasa.

Pucuk Maman juga menjadi sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan dan pelbagai resipi masakan tradisional yang digemari.

Maman, herba semusim setinggi antara 60 hingga 80 sentimeter (sm). Batangnya lembut, bercabang di bahagian atas dan berwarna hijau kemerahan. Daun kompaun palmat yang terdiri daripada 3 hingga 5 segmen berbentuk obovat. Petiol 5 hingga 10 sm panjang. Infloresen terminal rasem dengan bunganya yang berwarna putih keunguan. Buah kapsul berbentuk silinder, 3 hingga 11 sm panjang, 3 hingga 6 milimeter (mm) lebar dan hujung berparuh runcing. Pedisel 1 hingga 3 sm panjang. Buahnya mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam keperangan.

Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).

Maman mudah dibiakkan dengan menyemai biji benih. Tanaman ini adalah tanaman parak dan sering ditanam selepas pembukaan tanah baru. Biji maman ditaburkan di tempat yang dibakar. Selepas 3 hingga 6 minggu atau sebelum berbunga maman ini dituai pucuknya atau dicabut terus.

Maman boleh juga ditanam secara berbatas. Batas perlu mengandungi kompos atau najis haiwan yang reput secukupnya. Bijinya terlebih dulu dicampurkan dengan pasir dan kemudian ditabur secara berbaris-baris di atas batas.


Apabila anaknya cukup besar, kira-kira setinggi 5 hingga 8 sm, siram pangkalnya dengan larutan 1 sudu makan urea dalam 5 liter air, atau larutan 1 sudu makan baja sebatian kompleks 15:15:15 dalam 5 liter air. Air basuhan ikan boleh juga dijadikan baja.

Isnin, 25 Januari 2010

Penawar Bisul




*Punca-punca

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.


Terdapat beberapa cara utk merawat penyakit bisul...antaranya ialah;

1. Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul…lakukan selalu dan InsyaAllah ia akan hilang dan sembuh.

2. Tumbuk bawang putih hingga hancur…sapukan bawang putih di tempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat..tampalkan pada keliling bisul dan biarkan sehingga ia kering amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh..

4. Rendam senggegam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk.. kemudian tumbuk hingga hancur kemudian letakkan pada bisul sehingga ia kering.

5. Asah kulit buah delima (buah yang baru) …campurkan dgn daun lidah buaya kemudian sapukan pada permukaan bisul… insyaallah mujrab.

Rabu, 20 Januari 2010

Jangkitan Demam Selsema



Apakah itu demam selsema?
Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?

• Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
• Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
• Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
o Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
o Hidung berair - hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
o Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
o Bersin - merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
o Batuk - mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
o Suara parau - suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.

Gejala-gejala yang lain
• Mata rasa kepanasan sedikit
• Hilang deria bau dan rasa.
• Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
• Demam.
• Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.
Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.

Apakah komplikasi demam selsema?
Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
• Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media) - kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
• Sinusitis - jangkitan merebak hingga ke sinus.
• Pneumonia - jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.

Risiko
• Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
• Kekurangan zat makanan.
• Letih dan berasa tidak sihat
• Susah hati.
• Warga tua.
• Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.

Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
• Selalu membasuh tangan dengan bersih.
• Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
• Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
• Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
• Jangan menggigit kuku.

• Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
• Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
• Makanlah makanan yang seimbang.
• Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
• Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
• Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
• Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.

Sabtu, 16 Januari 2010

Penawar Pening Dan Sakit Kepala

( Daun Lemuni )


Kata orang-orang tua, kalau kita sakit kepala, rasa pening-pening, ambillah sebiji bawang putih yang kecil. Hiris nipis-nipis dan tampal pada bahagian kiri dan kanan pelipis. Biarkan semalaman. Gunanya untuk menyerap bisa pada yang menyebabkan kepala kita sakit.

Kita tak perlu tanggalkan hirisan bawang itu tadi, sebab ia akan kering dan tanggal dengan sendirinya. Pelipis kita akan bertukar warna menjadi merah kehitaman dan mengelupas dalam masa dua atau tiga hari.

Selain bawang putih, ada juga satu cara yang lain untuk menghilangkan sakit kepala, iaitu dengan menggunakan ramuan bawang putih dan bawang merah. Sebiji bawang merah besar dan lima biji bawang putih dihancurkan sehingga lumat dan dicampurkan dengan satu sudu besar madu. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan urut dengan lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening kepala akan hilang.

Anda tidak suka dengan kedua-dua petua menghilangkan sakit kepala dan pening kepala seperti di atas? Baiklah, apa kata kita gunakan daun lemuni. Daun lemuni ni sebenarnya adalah ramuan untuk membuat nasi kerabu hitam. Air perahannya merupakan pewarna asli yang digunakan untuk memberi warna biru kepada nasi kerabu.

Daun lemuni merupakan kaedah termudah dalam merawat sakit kepala atau pening kepala. Ambil daun lemuni berserta batangnya yang masih lembut dalam berat lingkungan satu kilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal untuk kegunaan mengalas kepala. Pesakit kepala perlu menggunakan bantal berisi daun dan batang lemuni ini semasa tidur selama 2-3 hari. Insyaallah Sakit dan pening kepala akan hilang, kepala akan terasa ringan.

Ahad, 10 Januari 2010

Khasiat BUAH KUNDUR




#Buah kundur atau nama botaninya Benincasa hispida ( thunb.) Cogn.
# Nama yang lain ialah Benincasa cerifera G. Savi.
# Di Malaysia buah kundur di kenali juga dengan beligu.
# Orang Jawa mengenalinya dengan nama beligo atau belonceng.
# Nama Inggeris untuk kundur ialah wax gourd, white gourd dan ash gourd. Perkataan gourd merujuk kepada pelbagai jenis buah dalam famili Cucurbitaceae seperti peria (bitter gourd), labu (musky gourd), labu air (bottle gourd) dan sebagainya. Perkataan wax white dan ash merujuk debu putih yang terdapat pada kulit buah kundur.

Di kalangan Orang China, buah ini dinamai tung kua yang bermakna labu musim sejuk. Ini adalah kerana buah kundur tua boleh disimpan dalam tempoh yang sangat lama. Oleh sebab itulah buah kundur yang masih segar boleh juga diperolehi pada musim sejuk. Ada ahli sains berpendapat tumbuhan kundur liar asalnya didapati di Jepun dan Jawa.

Namun begitu, di Malaysia tidak terdapat kundur liar. Oleh sebab itu, kundur lebih banyak ditanam di kawasan yang tidak terlalu lembab seperti di Malaysia.

Kundur biasanya ditanam dengan bijidan akan mengeluarkan hasil dalam masa 4-5 bulan. Buah kundur boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Ada yang bulat tetapi bahagian pangkal dan hujungnya leper, ada bulat seperti bola dan ada berbentuk silinder panjang. Buah jenis silinder panjang ini boleh disimpan sehingga setahun selepas dituai.

Di Malaysia terdapat kundur Cina dan Kundur Jawa. Kundur Cina berkulilt licin manakala kundur Jawa berbulu.Akar buah ini dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Ciri inilah yang menimbulkan idea untuk mencatumkan pokok tembikai atau tembikai madu dengan batang kundur supaya ia kurang diserang penyakit.

Buah kundur masak boleh dimakan mentah tetapi ia lebih biasa dimasak seperti sayur yang lain atau dimasak bersama dengan daging untuk menambahkan keenakannya. Isi buah kundur masak tidak berbau berbanding dengan buah kundur muda atau separuh masak. Isinya sesuai dibuat sup.

Di kalangan orang cina, isi buah kundur biasa dibuat manisan atau acar manis. Buah kundur didapati mengandungi 97% air dan sedikit garam galian serta vitamin, kanji, alkaloid jenis cucurbitine, resin asid, protien jenis myosin dan vitellin, seta gula.

Sebenarnya buah kundur sesuai di makan untuk menghilangkan dahaga dan perangsang buang air kecil. Daun muda, kudup bunga dan buah muda pula boleh di masak. Pada masa dahulu, lapisan luar kulit buah kundur digunakan untuk membuat lilin.

Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan. Daunnya digunakan sebagai ubat pupuk untuk tujuan yang sama. Buah kundur boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea dan sawan.

Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai ubat untuk merangsang buang air kecil dan air besar, penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa.

Abu biji kundur digunakan untuk mengubat penyakit gonorea manakala abu kulit buah untuk penyakit luka.

Masyarakat Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan bengkak.

Rabu, 6 Januari 2010

Khasiat Kacang Soya



Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia.

Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-

I. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

II. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.

III. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.

IV. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.

V. Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.

Bagaimanakah memilih makanan tambahan kacang soya yang terbaik di pasaran?

Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan “heavy metals”, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga.
# Barangan soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan.
# Pastikan kacang soya adalah bebas daripadaUrinase Enzyme supaya tidak mendatangkan masalah gout.
# Pastikan nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.
# Pastikan barangan tersebut adalah “wholesome” dan bukan hanya protein soya isolate sahaja.
# Pastikan ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.
# Pastikan ia bebas daripada bahan “thickener” dan perasa tiruan.


Kesimpulannya, kebaikan kacang soya demi kesihatan memang memberangsangkan. Akan tetapi, anda mesti memastikan ciri-ciri keselamatan barangan sebelum ia digunakan untuk jangka panjang.



PESANAN:Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

(Kim, Lin-Keong (2005) , Kacang soya & Kesihatan wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Oktober 2005, bilangan 29)

Tambahan:

Khasiat kacang soya untuk wanita
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

-----------------------------------------------------
(2)

Jika anda gemar minum air kacang soya dan mengisarnya sendiri, usah dibuang hampasnya. Jemur hampasnya sehingga kering dan simpan didalam bekas kedap udara. Untuk menggunakannya ambil beberapa camca hampas itu dan bancuh dengan air suam. Gosok dan sental pada seluruh badan sewaktu mandi. Hasilnya, badan lebih bersih, lembut dan cerah. Hampas itu juga boleh dicampur dengan putih telur untuk dibuat pupur wajah. Hasilnya tentu mengagumkan anda.

Sabtu, 2 Januari 2010

Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??




Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

HADITH:-

1."MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit.

Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:

1.Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3.Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1