
Bunga raya atau nama saintifiknya adalah botaninya hibiscus rosa sinensis, tergolong dlm keluarga Malvaceae merupakan herba astringen dan menyediakan vitamin c.
-mengandungi musilaj polisakarid & pectin serta asid organic, glikosid sianidin ( bahan antiestrogen), dan mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru.
Dipetik dari suatu artikel, penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.
Petua:
bunga raya dan daunnya yg ditumbuk lumat:
-ditampal pd kulit untk merawat bisul, barah, gatal kulit, demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.
-daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu kening.
bunga raya direbus dgan air mendidih :
-boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @ radang.
-boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus, dan merangsang haid.
kudup bunga raya yang telah dihancurkan dicampur dengan garam:
-ditampal pd masalah bisul
air rebusan kudup bunga:
-boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani dan merawat bengkak salur kencing.
Daun muda dan pucuknya:
-disapu pada peru ibu yang akan bersalin untuk memudahkan melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.
Daun bunga raya direbus dlm air mendidih:
-boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
-boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dr hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan boleh dijadikan penawar racun.
-air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang merah dan bengkak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan