Nuffnang Ads

Jumaat, 19 Julai 2013

Khasiat asam gelugur


Menyingkap dari segi saintifik dan fungsinya, buah asam gelugur atau Garcinta Cambogia berasal daripada keluarga Guttiferae yang digunakan dengan meluas dalam masyarakat Melayu negara ini sebagai bahan perasa tambahan untuk menyedapkan lauk-pauk.

Buah yang juga dikenali sebagai Malabar Tamarind bagi penduduk India, bukan sahaja menambah keenakan masakan tetapi juga menjadi produk komersial untuk mengurangkan berat badan di kalangan masyarakat Eropah.

Asam gelugur mengandungi sejenis asid utama hydrocitrate yang dikaji oleh saintis pemakanan terbukti sangat berkesan untuk membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan.

Minyak asam gelugur mempunyai tiga fungsi asas yang utama iaitu mengurangkan lemak atau kegemukan, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan selera makan.

Dari segi perubatan India kuno (Ayurveda), asam keping ini dipercayai boleh mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Bagi penduduk Kampung di Pahang, Siti Rahijah Ahmad, 65, golongan tua mengamalkan kaedah perubatan tradisional berasaskan buah asam gelugur khususnya mengenai penyakit dalam perut dan bengkak di anggota badan.

"Namun, kita lebih gemar menjadikan asam keping atau gelugur ini sebagai perencah dalam masakan gulai asam dan asam pedas ikan Sungai Tembeling yang dijadikan hidangan sejak turun-temurun di sini," kata Siti Rahijah.


Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1