Nuffnang Ads

Jumaat, 12 Julai 2013

Kacang soya hitam: Ubatan tradisional dan kecantikan


Perubatan tradisional Cina percaya nut­risi dalam kacang soya hitam membantu menguatkan ginjal dan hati.

“Apabila organ ini kuat dan berfungsi secara optimum, peredaran darah di dalam badan serta bahagian pende­ngaran juga dapat dijalankan secara optimum sekali gus membantu dalam keseimbangan fungsi tubuh badan.

“Selain itu, kacang soya hitam turut digunakan secara tradisional dalam kecantikan bagi memiliki kulit yang cerah dan berseri selain membantu menghalang keguguran rambut serta kemunculan uban.

“Kacang soya hitam juga dijadikan serbuk yang digunakan terus kepada kulit bagi menyingkirkan sel kulit mati dan membantu proses pemulihan kulit,” jelas pakar perubatan..

Tambahnya, asid lemak yang terdapat di dalam kacang soya juga bertindak sebagai pelembap yang digunakan untuk menghaluskan kulit. Sehingga kini, kacang soya hitam digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan produk kecantikan kulit.

Menyedari kebaikan soya hitam kepada tubuh badan, syarikat pengeluar makanan dan minuman terkemuka di Malaysia, Yeo Hiap Seng (M) Berhad melancarkan minuman kacang soya hitam bagi memudahkan pengguna menikmati khasiatnya.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1