Nuffnang Ads

Jumaat, 30 Ogos 2013

TIPS: Cara kawal sakit gout


BIASANYA apabila menghidap satu-satu penyakit, antara nasihat ‘wajib’ yang diberi doktor ialah jaga makan dan mula bersenam. Namun ramai menganggap nasihat untuk ‘jaga makan’ itu sebagai berpantang, membuatkan sesetengah pesakit menjauhi terus kumpulan makanan yang dirasakan boleh merangsang penyakit mereka.

Memang diakui berpantang itu susah dan hanya orang yang benar-benar teguh semangat mampu melakukannya, apatah lagi untuk jangka masa panjang.

Ini sebabnya pakar perubatan menyarankan kita ‘jaga makan’ dengan mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.

Nasihat dan panduan ini juga diberi kepada pesakit gout bagi mengelak serangan berulang. Ini kerana pemakanan mengandungi banyak sumber tumbuh-tumbuhan dapat membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan kekerapan mendapat serangan gout.

Gout disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid urik ini kemudian akan mendap di sendi, terutama pada sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Malah ada pesakit terpaksa mengambil cuti sakit setiap kali mengalami serangan gout.

Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.

Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretik dan akibat penyakit lain seperti tekan darah tinggi serta kebuluran.

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa boleh menambah kesakitan.

Serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Manakala serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.

Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.

Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat.

Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air masak sehari.

Apabila mendengar saranan ini, ramai pesakit gout, terutama yang sudah berumur, berasa kurang senang kerana ia akan membuatkan mereka kerap buang air kecil dan perkara ini dianggap sangat menyusahkan.

Sebenarnya ini antara kaedah kawalan dan pengurusan penyakit gout. Apabila pesakit minum banyak, air kencing akan menjadi cair dan setiap kali mereka berulang ke tandas, sebahagian daripada asid urik dikeluarkan daripada badan.

Antara langkah lain yang perlu dilakukan pesakit ialah:
Kawal makan dengan mengehadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan — sesetengah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan.

Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang.

Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.

Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout.

1 Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.

2 Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah dan meninggikan risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol.

3 Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.

4 Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangkan risiko gout.

5 Ambil karbohidrat kompleks — sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.

6 Hadkan pengambilan gula — terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.


Rabu, 21 Ogos 2013

Bawang Putih Turunkan Risiko Kanker Paru-paru


Makan bawang putih mentah dua kali seminggu bisa mengurangi risiko kanker paru-paru sampai 50 persen. Demikian hasil penelitian Pusat Pencegahan Penyakit Propinsi Jiangsu, Cina, seperti yang ditulis Zeenews.

Studi tersebut terinspirasi dari para masyarakat China dewasa yang seringkali mengkonsumsi bawang putih mentah. Dari hasil tes kesehatan mereka. 44% risiko terserang kanker paru-paru berhasil diturunkan dengan kebiasaan sederhana tersebut.

Para peneliti membandingkan kesehatan 1.424 pasien kanker paru dengan 4.500 orang dewasa sehat. Mereka menemukan bahwa mereka yang makan bawang putih mentah setidaknya dua kali seminggu secara signifikan lebih kecil kemungkinannya untuk mendapatkan kanker paru-paru, bahkan jika mereka merokok atau terkena suhu titik asap tertinggi minyak, yang dianggap memicu penyakit ini.

Hasil penelitian ini dimuat dalam jurnal Cancer Prevention Research. Riset sebelumnya juga menyatakan, bawang putih bisa melindungi paru terhadap berbagai kondisi. Salah satunya kondisi tumor seperti kanker usus besar.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Ketahuilah Bahaya Minum Kopi 4 Cangkir Setiap Hari

Banyak orang yang memiliki kebiasaan minum kopi di pagi hari. Kebiasaan tersebut tidak salah, justru baik untuk membangkitkan semangat dan mengusir kantuk. Bahkan, minum kopi juga memiliki banyak manfaat, antara lain, baik untuk kesehatan jantung, mengurangi risiko kanker payudara, penyakit parkinson, dan depresi.

Hanya, jika diminum dalam jumlah berlebihan, maka kopi bisa meningkatkan risiko kematian, terutama bagi mereka yang berusia muda.

Sebuah studi baru dari jurnal Mayo Clinic Proceedings menemukan, orang yang berusia di bawah 55 tahun yang minum empat atau lebih cangkir kopi per hari memiliki risiko kematian 50 persen lebih besar daripada mereka yang tidak. Itu sebabnya, sebaiknya Anda mulai membatasi jumlah cangkir kopi yang diminum setiap hari.

Para peneliti menganalisis data dari sekitar 43.000 peserta. Mereka meminta peserta untuk menjawab kuesioner yang berisi gaya hidup dan riwayat kesehatan keluarga antara tahun 1979 dan 1998. Setelah diikuti 17 tahun kemudian, 2.512 orang dari para peserta itu meninggal dunia. Studi menunjukkan, peserta yang merupakan peminum berat kopi cenderung untuk meninggal lebih cepat dibandingkan mereka yang tidak.

Ketua studi Junxiu Liu, peneliti dari departemen biostatistik dan epidemiologi di University of South Carolina, mengatakan, ada hubungan positif antara konsumsi kopi berlebihan dan kematian pada populasi pria dan wanita yang berusia lebih muda dari 55 tahun. Bagi mereka dengan usia lebih dari 55 tahun, hubungan ini tidak terlalu signifikan pada kedua gender.

Para peneliti belum dapat menemukan alasan mengapa hubungan tersebut tidak signifikan pada mereka yang berusia tua. Namun, Rebecca Solomon, ahli gizi klinik dari Mount Sinai Medical Center New York berpendapat, peminum berat kopi usia muda umumnya juga melakukan kebiasaan negatif lainnya sehingga dampaknya lebih nyata pada kesehatan mereka.

"Peminum berat kopi cenderung juga merokok dan minum alkohol. Selain itu, kafein dalam kopi dapat membuat dehidrasi. Jika mereka tidak minum cukup air, maka dampaknya akan buruk," tuturnya.

Selain itu, imbuhnya, orang yang minum 28 cangkir kopi setiap minggunya juga cenderung memiliki kebiasaan tidur yang tidak sehat. Padahal, banyak studi membuktikan, kurang tidur memberikan dampak buruk, seperti obesitas, penyakit kardiovaskular, dan gangguan kesehatan lain.

"Kafein termasuk obat yang jika dikonsumsi berlebihan dapat memberikan efek negatif," tandasnya.

Solomon menyarankan, pengurangan konsumsi kopi perlu dilakukan secara bertahap. Jika terbiasa minum empat hingga lebih cangkir, kurangi menjadi tiga. Setelah cukup terbiasa, kurangi lagi menjadi dua, dan seterusnya. Pengurangan mendadak akan mengakibatkan pusing yang berlebihan.

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1