Nuffnang Ads

Khamis, 22 Oktober 2009

Sup Ketam: Penawar Demam Denggi



Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini .

Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.



15 ulasan:

transformed housewife berkata...

mcmana kalau kita allergic pd mknan laut? anak sy yg kedua allergic dgn mkanan laut. bila mkn ada kegatalan pd kulit.

masichang berkata...

go green, mari kembalikan kotak obat kita kepada herbal dan alam yang lebih ramah.

Ibu.kesuma berkata...

Sdr NUR, NURA,NURAD & YANI..

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dengan ibu ya..

Masalah anda saya nasihatkan berjumpa dengan doktor pakar mereka sahaja yg boleh memperjelaskan atau mencari makanan pilihan lain selain daripada Ketam..

RAJA FRESH berkata...

turut berduka cita, smoga beliau diterima dan tenang disisiNYA

Guru berkata...

assalammualaikum

info yang sangat menarik
minta izin link dalam blog saya http://mengutippetua.blogspot.com/

harto berkata...

Info yang sangat menarik nih...
Trims yaaa

Nirmana berkata...

nih pasti temen dekte mbak nura, secara suka masak2 dan bagi2 tips gratis. hihii...salam kenal

Haris berkata...

Informasi yang sangat bermanfaat.
Pengobatan secara herbal dan alami dengan dosis yang tepat lebih aman daripada pengobatan dengan bahan kimiawi buatan.

Norhafsham berkata...

Ibu kesuma nanti kalau ada masa tolong vote link ni k

http://www.blog4ft.com/index.php?
page=systems/voting&eid=322

10.Q

abu muaz berkata...

Salam ibu.Terima kasih atas info ini.

yansDalamJeda berkata...

waaaaaaaah...jadi laper?! hehe.

Tanpa Nama berkata...

info yang sangat menarik... terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu

miss nina berkata...

kak, saya pernah admit wad-suspected denggi.
mujur ada kawan2 yg bantu belikan sup ketam :), dengan izin Allah, saya sembuh selepas seminggu bermalam di wad.

InsaKhai berkata...

salam ibu kesuma,

info & resepi menarik untuk dicuba...
boleh kami copy? mudah2an dpt dipanjangkan utk makluman semua pengunjung blog kami..

Haidazura berkata...

Alhamdulillah...terima kasih aas perkongsian info ini...sangat berguna

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1