Nuffnang Ads

Ahad, 27 Mac 2011

Khasiat Kerang dan Keistimewaannya


# Makan kerang baik untuk ibu yang sedang hamil.
# Dikatakan juga boleh merangsang seks (suami/isteri).


Kerang ni tergolong dalam golongan keluarga moluska iaitu golongan binatang yang berkerang (kamus dewan).

Dalam erti kata lain, kerang bererti semua moluska dengan sepasang cengkerang (dalam bahasa indonesia disebut cangkang). Dikenali dengan nama latinnya Anadara Granosa. Kerang ni dah mula diambil oleh masyarakat yang tinggal di daerah muara pertemuan sungai dan laut sejak ribuan tahun dulu.

Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi, ini berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh.

Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.

Daging kerang/tiram mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja.

Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.

Sebahagian masyarakat China ribuan tahun lalu mempercayai kerang/tiram ini sebagai makanan Afrodisiak iaitu makanan yang dapat menambah ghairah seks.

Bahkan sebahagian masyarakat Indonesia ada yang sudah membuktikan khasiat kerang/tiram ini dalam membantu mengatasi masalah anak yang hiperaktif.

Kerang baik untuk diambil oleh wanita yang sedang hamil. Biasa kalau kurang darah, wanita mengandung disarankan makan kerang ni.

Masalahnya sekarang ni banyak sangat pencemaran air laut yang boleh menyebabkan kerang juga tercemar oleh logam berat seperti merkuri. Logam berat ni bahaya kalau diambil oleh wanita hamil sebab boleh menyebabkan janin cacat atau penyakit autis.

Tapi sayang tak ada ciri khusus untuk kita tahu kerang tu dah tercemar atau tidak. Namun begitu, untuk elak daripada mengambil kerang yang sudah tercemar dengan merkuri, jangan beli kerang yang berasal dari perairan yang mengandungi banyak bahan buangan industri.
( kilang-kilang yang lokasinya berhampir dengan laut)

7 ulasan:

Jejaka Desa berkata...

Peberet koi ni.Tapi koi tak try lagi kerang bakor.Gone ke rase gamoknye.

AZANI berkata...

salam ibu
selain itu kerng juga bagus utk yg kurang darah

Confession of a Coffeeholic Momma berkata...

itulah.. kerang ni nak kena cari yg betul2 bersih gak. kalau tak risiko kena hepatitis. cukup bahaya utk ibu mengandung. ;)

DaRk ViRusZ berkata...

wow!!bez nya mkn kerang

Strept Akiera berkata...

kerang my feveret.. kalau kerang bakar x bape nak selera sgt.. sbb bau hangus n kekeringan..
btw makan kerang mlmpau2 sgt pon x boleh sgt.. bahaya tuk kshatan..

GiveAsh berkata...

suka kerang!

waN Mohd Salim berkata...

wow ibu .. sye suke tomato ni wat juz .. huhuhu thnks lawat blog anakanda .. dtang follow .. follow la balik kalau tersudi

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1