Nuffnang Ads

Rabu, 16 Mac 2011

Khasiat dan Kelebihan Daun Pandan




Kita semua orang kenal daun pandan. Bahasa botaninya P. amarylifolius. Inggerisnya screw pine leaves.

Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Manakala di bandar-bandar pula, penghuninya menanamnya di dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya. hingga kita tidak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian;

1) Makanan.

a) Air perahan daun pandan boleh selalu digunakan membuat kuih-kuih tradisional seperti
kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka
(bengkang,kata orang utara)

b) Daunnya pula setelah dilayur pada bara api, boleh digunakan untuk membuat ketupat, bakar ayam.

c) Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara ),nasi lemak, nasi putih, sirap dan berbagai jenis bubur.

2) Pelbagai:

a) Pewangi bedak sejuk.
b) Pewangi asli bunga rampai.
c) Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
d) Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas plastik ( biasa digunakan apabila kereta yang membawa buah durian tidak hilang baunya) Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

3) Perubatan:

a) Lemah saraf - ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gela). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
b) Buang angin dalam badan : Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
c) Gelisah : Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis
dan minum 2/3 kali sehari.
d) Rambut gugur: Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
e) Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3- 4 kali seminggu.
f) Kelemumur: ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.

Selamat mencuba..

1 ulasan:

Kim, USA berkata...

In the Philippines we have plenty of pandan leaves. It gives good smell when mixed with any cooked food. Wish I have it here in the US too. Thanks for the visit!

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1