Nuffnang Ads

Sabtu, 2 April 2011

Khasiat Tomato



Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

8 ulasan:

Achmad Edi Goenawan berkata...

Mulai saat ini kubiasakan makan tomat!

pelangi anak berkata...

Yang tradisional nggak mesti kuno dan nggak berkhasiat. Sayangnya masih banyak masyarakat yang kurang tahu bahwa obat-obatan tradisional tidak kalah mutu dengan obat-obatan dari dokter yang berharga mahal dan mengandung bahan kimiawi.

Ra-kun lari-laRIAN berkata...

ternyata khasiatnya ada ya ibu, bukan cuma sekedar untuk dimakan :)

~eZmALiZa~ berkata...

yes! mmg tak dinafikan tomato sgt tggi kahsiatnye..abg saya beri anaknya makan buah tomato sejak dari kecil lagi, kesannya, kulit budak kecik tu sgt cantik...licin bak telur dikupas... :)

wanacesh berkata...

husban i ajar mkn tomato mentah,mesti lps mkn,tomato jd pencuci mulut ^^

Nora Shahaira berkata...

dulu saya makan tak pandang khasiat, sedapnya...kadang2 buh celah roti, buat jelatah tomato..wargh..3 biji sekali makan la..sedap..

queen aida berkata...

feveret!..

SyafiqahSyaza(SweetSyaza) berkata...

suka makan buah tomato :) tiap2 pagi mesti makan.

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1