Nuffnang Ads

Isnin, 7 Mac 2011

Khasiat Limau Purut




Limau purut buahnya berkedut-kedut mengerutu sedikit.nama saintifiknya ialah citrushystrix dalam bahasa inggeris disebut sliced-fruit.

Limau ini lebih kurang macam limau yang lain tapi buahnya lebih menggerutu dengan rasa masam dan sedikit pahit.

Daunnya direndam dalam air dan digunakan untuk mencuci rambut.

Menurut tradisi, buahnya dipotong kepada beberapa bahagian kecil, dikeringkan dan ditumbuk hingga menjadi serbuk, digunakan untuk melicinkan kulit.

Daunnya juga digunakan dalam sejenis masakan Siam-Melayu yang popular.

Bagi suri rumah, daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas , kerabu , laksa dan lain-lain lagi.

Buahnya selalu dijadikan bahan penting dalam upacara mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegaran.

Buah limau purut mengikut kepercayaan orang-orang terdahulu mempunyai aura yang tersendiri untuk menyegarkan badan kita, badan berasa ringan apabila kita mandi dengan buah limau purut. masih ramai lagi yang mengamalkan mandian limau purut ni.

Manakala petua memetik buah limau purut,ada caranya mula-mula baca bismillah kemudian beri salam ( mengikut orang tua-tua setiap pokok ada penjaganya )dan selawat 3 kali sebelum memetik buahnya sambil berniat dalam hati kita akan buat mandi. Amalan ini kebiasannya orang tua-tua berpesan bila kita nak petik buah- buahan atau daun untuk dijadikan ubat ubatan dan masakan ).

Sekarang ada pula teknologi baru untuk menghasilkan minyak wangi dan haruman aroma daripada pati limau purut. Selain tu, limau purut juga ada kegunaan lain untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.

Limau purut juga boleh dijadikan syampu sebagai pati tambahan.

Untuk mendapatkan kesegaran selepas penat suntuk bekerja, dua genggam daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudiannya dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan anda kembali segar dan bertenaga.

Untuk membersihkan kulit kepala yang berkerak dan berkelemumur, buah limau tersebut dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkannya terasa sedikit pedih.

Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering yang bersisik.

Caranta, Sentalkan buah limau purut yang telah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik dan biarkan ia seketika sebelum dibilas.

Selamat mencuba.

3 ulasan:

LadyBird berkata...

suke bau limau purut..
letak atas meja.. baunye menyegarkan..

Ra-kun tak sendiRIAN berkata...

Hai, hai, hai.. apa kabar? :)
maaf saya barus empat BW lagi ^^

[sutera kasih] berkata...

nk try la nnti..ada tak tips untuk jaga kulit muka?

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1