Nuffnang Ads

Isnin, 21 Mac 2011

KHASIAT: Buah Pala



Buah pala merupakan satu buah yang agak asing jika kita tak ketahui ada dia punya kebaikannya dalam kesihatan seharian, kita tahu, buah pala ada juga dibuat jeruk, dan juga sebagai pemanis mulut dikala menonton televisyen ataupun diwaktu lapang. Ia juga merupakan buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan.

Nama betul buah pala: Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans

Melegakan Kembung Perut: Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut ubat salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sembelit, cirit birit sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi.

Caranya ialah dengan mengambil daunnya atau buah pala yang telah ditumbuk halus kemudian direbus separuh setengah cawan, kemudian airnya diminum.

Jeruk Buah Pala banyak dijual di Pulau Pinang.


Buah pala juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

Kebaikan yang lain-lain.

* Kandungan zat buah pala adalah zat kalium, kalsium, fosforus, lemak, protein dan karbohidrat.
* Baik untuk kekuatan minda, sakit kepala, masalah bau mulut, gatal-gatal dan menghilangkan jeragat.
* Buah pala juga dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak gosok dan balm. Ia baik untuk kegunaan luar seperti sakit kepala dan sakit perut.

* Air rebusan yang sama boleh digunakan sebagai julap untuk mencuci perut. Selain daun dan buahnya, air rebusan biji buah pala yang telah ditumbuk halus juga boleh diminum untuk mengubati penyakit tersebut.

* Rebusan biji buah pala juga dipercayai boleh mengatasi masalah susah hendak tidur.

* Sabun pala pula boleh mengubati sakit-sakit sendi. Getah yang keluar dari buahnya pula boleh dijadikan air kumuran untuk menghilangkan ulser atau seriawan mulut.

Tetapi ingat, buah pala ini dimakan jangan terlalu banyak, (cukuplah memadai secukup rasa) kerana mempunyai kandungan gula yang amat tinggi dan perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui lebih lanjut.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Singgah tengok buah jeruk,terimakasih tinggalkan link kat blog saya

izahdaut berkata...

betul, hubby saya kalau balik penang memang suke beli air buah pala untuk hilangka pening

Rhyfhad berkata...

ternyata manfaatnya begitu yah bunda??.
saya cuma tau makan tanpa tau kegunaannya ..
kalau ada waktu jalan" ke blog saya juga bunda ..

kisahwanida berkata...

banyaknya petua kat sini..... suka....!

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1