Nuffnang Ads

Jumaat, 14 Jun 2013

PETUA MELEMBUTKAN SOTONG

Sotong Mabang

Sotong sememangnya satu hidangan yang istimewa bagi penggemarnya. Ramai di antara kita yang tidak begitu mengambil tahu tentang cara dan teknik penyediaannya. Antara cabaran memasak sotong ialah letupan minyak panas dan kesabaran melembutkan dagingnya.

Di antara beberapa jenis sotong, sotong mabang, sotong katak dan sotong kering mempunyai daging yang agak liat. Jika tidak kena cara penyediaannya, memang sukar untuk dimakan. Sotong jenis lain seperti sotong jarum, cumi-cumi, ketupat dan torak mempunyai struktur isi yang lebih lembut dan sedap dimakan.

Cara melembutkan sotong katak dan sotong mabang
1-Bersihkan sotong dan buang kulitnya
2-Belah sotong kepada dua bahagian dan buka isinya
3-Ambil kayu atau lesung batu bersih
4-Ketuk setiap bahagian daging (jangan terlampau kasar ... nanti hancur)
5-Basuh sekali lagi dan potong ikut citarasa kita sebelum dimasak
6-Cara lain : Mengelar daging secara halus dan rapat tanpa putus
7-Buat bentuk seperti jaring pagar
8-Potong ikut saiz dikehendaki dan masak.

~Jika sotong berkenaan bersaiz besar dan tentunya liat, elakkan memasaknya dengan kombinasi masam kerana masakan masam seperti tomyam akan menyebabkan dagingnya semakin mengecut, memendek dan liat

~Jangan masak sotong terlalu lama- (jika dilakukan sah liat)
~Di negara barat, penduduknya mencampur beberapa jenis bahan kimia yang bertindak sebagai enzim pelembut daging.

Cara melembutkan sotong kering:

1- Cara turun-temurun : Rendam sotong di dalam air panas. Biarkan lembut seketika kemudian dipotong mengikut citarasa sebelum dimasak.
2- Cara lain-Rendam sotong kering di dalam abu tanah bakar atau abu kayu pun boleh dalam masa lebih kurang setengah jam sebelum dipotong ikut citarasa dan dimasak.

Info tambahan: Abu yang digunakan perlu dilarut dalam air dulu (lagi pekat lagi bagus).. lepas tu, rendam sotong kering dalam larutan berkenaan. Sebelum masak basuh dulu, kemudian potong ikut citarasa dan terus buleh masak.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1