Nuffnang Ads

Khamis, 27 Jun 2013

Khasiatnya Limau Purut


Limau Purut mempunyai khasiat istimewa. Ia dapat melembut, melebat, merapi dan juga mengharumkan rambut. Juga dapat menghilangkan kelemumur dan rasa gatal pada kulit kepala selain meninggalkan bau wangi.

Limau purut dikatakan dapat memberi kesegaran dan keyamanan dan juga meringankan masalah kulit seperti melegakan migraine sambil merangsang perjalanan darah.

Khasiat Limau Purut:
Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat.

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.

Limau Purut baik untuk rambut:
Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1