Nuffnang Ads

Jumaat, 29 Mac 2013

7 Petua hilangkan Senggugut


1. Tumbuk lumat tiga ulas bawang putih. Ampurkan segelas air suam lalu dikacau. Selepas itu campurkan sesudu madu asli. Selawat tiga kali sebelum minum. Lebih mujarab jika tidak ditapis. Amalkan minum tiga kali sehari bagi menghilangkan senggugut anda.

2. Ambil tiga ulas bawang merah. Potong halus-halus dan campurkan dengan air paans. Kacau dan minum. Insya-Allah cara ini akan menghilangkan sakit senggugut.

3. Ambil secawan air panas dan mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim. Kemudian disusuli dnegan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali dan hembuskan pada air sebelum minum. Insya-Allah dengan izin Allah, sakit senggugut itu akan sembuh seperti biasa.

4. Campurkan tujuh biji limau nipis dengan segenggam beras lalu diembunkan selama satu malam. Minumlah air tersebut pada waktu pagi sebelum sarapan. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

5. Minum dua kali sehari air kelapa yang dicampur dengan gula kelapa (manisan) ketika datang haid. Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

6. Ambil pucuk, akar, kulit, batang, daun dan buah betik yang sudah masak (ambil dlaam kuantiti yang sedikit). Kisar semua bahan tadi bersama segelas air dan tapiskan jusnya. Minum jus tersebut setengah gelas sehari. akukan ketika anda senggugut dan Insya-Allah senggugut anda akan beransur hilang.

7. Minum air teh yang dicampur dengan sedikit kapur sirih dan Insya-Allah senggugut anda akan beransur sembuh.

Tiada ulasan:

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1