Nuffnang Ads

Khamis, 19 Disember 2013

Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Wanita Hamil



Ibu mengandung digalakkan minum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Isi kelapa muda amat berkhasiat untuk ibu dan juga baby di dalam kandungan. Air kelapa dikatakan akan membersihkan air ketuban, baby yang lahir juga bersih kulitnya serta berambut lebat. Walaupun takde bukti ilmiah tentang ni, air kelapa terbukti banyak manfaat untuk ibu mengandung.

Antara khasiat air kelapa muda ialah :

Minuman Isotonik Alami:

Air kelapa dikatakan minuman isotonik alami yang membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Ia membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu mengandung memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Dehidrasi semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem, mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.

Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh:

Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ia juga berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam susu ibu mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiku diabetis, kanser dan HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun baby dalam kandungan.

Membantu Pencernaan:

Air kelapa dipercayai mampu memperbaiki fungsi pencernaan dan membersih usus sekali gus mengelakkan masalah sembelit. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan yang tinggi.

Meningkatkan HDL:

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL-high density lipoprotein) dalam sistem tubuh.

Memudahkan Proses Bersalin:

Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.


Selain dari itu;

1) Air kelapa sebagai elektrolit semulajadi dan berguna untuk rehidrasi dan kembalikan stamina sebab air kelapa ada mineral-mineral penting macam Kalium dan Kalsium.

2) Air kelapa boleh nyah toksin dan melancarkan pembuangan air kecil selain mencegah jangkitan saluran kencing ibu hamil.

3) Air kelapa muda bertindak sebagai pencegah penyakit kepada ibu dan bayi.

4) Air kelapa muda ni juga sebagai medium untuk memudahkan sistem pencernaan kepada wanita hamil.

5) Air kelapa tak mempunyai kolestrol dan menjadi sumber HDL yang tinggi. HDL adalah High Density Lipoprotein atau common name nya kolestrol baik.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1