Nuffnang Ads

Rabu, 1 Februari 2012

Penawar Demam Malaria


Malaria merupakan satu penyakit yang disebabkan parasit protozoa daripada genus plasmodium.

Terdapat 5 jenis parasit ‘strain’ yang menyebabkan malaria di antaranya vivax dan falciparum. 4 daripadanya berupaya menjangkiti manusia. ‘Strain’ falciparum adalah yang paling merbahaya kerana dapat menyebabkan kematian dan bertanggungjawab terhadap 90 peratus kematian. ‘vivax’ biasa didapati di Amerika selatan dan Asia.

Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk. Dengan kata lain, nyamuk bertindak sebagai vektor yang memindahkan parasit dari badan pesakit yang dijangkiti malaria ke manusia sihat yang lain dan menyebabkan orang yang sihat ini turut dijangkiti malaria. Cara penyebaran lebih kurang sama dengan penyakit denggi.

Nyamuk dan parasit merupakan ‘ancient creatures’. Jadi, penyakit malaria telah wujud sebelum wujudnya manusia lagi.Parasit ini akan sentiasa berevolusi dan pertarungan antara manusia dan penyakit malaria tidak akan berakhir.

Tanda-tanda Penyakit Malaria

Tanda-tanda serangan parasit malaria termasuklah demam, menggeletar, sakit sendi, kekejangan dan anemia. Berpeluh, rasa sejuk dan panas secara bergilir-gilir merupakan ‘symptom’ klasik malaria. Kekurangan darah (anemia) dapat menyebabkan kerosakan otak secara langsung dan pesakit boleh berada dalam keadaan koma.

Jika tidak dirawat. ia boleh menyebabkan kematian. Dalam kes malaria yang teruk, pesakit mungkin akan mengalami ‘neurogical damage’ yang kekal. Kebanyakkan pesakit terdiri daripada kanak-kanak. falciparum adalah penyebab utama 20 peratus kanak-kanak Zambia mati sebelum berusia 5 tahun.

Malaria juga boleh menyebabkan sakit kepala yang melampau, limpa dan hati membengkak serta mengakibatkan kegagalan ginjal. Malaria yang teruk dapat mengakibatkan kematian dalam masa yang singkat. Seorang kanak-kanak yang sihat pada hari ini mungkin mati keesokkan hari.

Penawar Demam Malaria:

Ambil daun betik yang masih muda ditumbuk hingga halus lalu diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.(Insyaallah sembuh dan membaik).

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1