Nuffnang Ads

Khamis, 9 Februari 2012

Khasiat dan kegunaan Jagung



Jagung Merupakan tanaman terpenting di dunia, tanaman yang turut dikenali dengan nama Botaninya Zea Maysl ini berasal dari Amerika Tengah. Dikenali juga dengan nama Corn dan Maize. Jagung adalah tanaman pangan dunia yang terpenting selain gandum dan padi.

Jagung bukan sahaja sedap dimakan, namun ia juga sebagai sumber karbohidrat utama di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, Selain dimakan, jagung juga turut digunakan tuntuk tujuan lain seperti di jadikan minyak, tepung dan antara bahan farmasi. Setiap bahagian pada jagung seperti isirung, batang buah, bulu turut mempunyai kegunaan dan khasiat ubatannya yang tersendiri.

Banyak khasiat yang boleh didapati daripada buah jagung. Ini kerana jagung kaya dengan protein, kalsium, fosforus dan zat besi dan sejenis minyak yang bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan. Jagung juga mempunyai vitamin B (thiamin, vitamin B6, niasin, riboflavin dan folat). Selain itu, jagung juga mempunyai vitamin A dan vitamin E.

Pelbagai kebaikan boleh diperoleh apabila seseorang itu memakan jagung dalam kuantiti sederhana. Jumlah serat yang tinggi dalam jagung dikatakan mampu merendahkan tahap Kolesterol dan juga mengurangkan risiko kolon kanser. Jika diambil dalam kuantiti sederhana, dikatakan jagung memberi kebaikan kepada mereka yang mengalami masalah diabetis.

Folat yang tinggi dalam jagung dikatakan mampu membantu menghasilkan sel sel baru yang amat penting terutamanya sebelum dan semasa hamil. Bagi mereka yang menderita masalah anemia, apabila memakan jagung dikatakan menunjukkan kesan positif daripadanya. Asid pantothenik yang hadir dalam jagung juga dikatakan mempu membantu dengan fungsi fisiologi tubuh. Kehadiran thiamin dalam jagung pula dikatakan mampu membantu metabolisme karbohidrat. Selain itu, jagung juga dikatakan berguna untuk membantu masalah buah pinggang termasuklah masaalah berkaitan ginjal yang tidak berfungsi dengan baik.

1 ulasan:

LydSunshine berkata...

Sedapnya jagung... Tapi mahal dah sekarang.

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1