Nuffnang Ads

Jumaat, 21 Oktober 2011

FUNGSI DAN RAHSIA BATU PERMATA




Sejarah perihal permata, mitos dan kepercayaan masyarakat dunia kini dan dahulu kala jelas menunjukkan bahawa batu permata sememangnya mempunyai tempat yang amat istimewa di hati kalangan masyarakat dunia khasnya masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.

Saya kongsikan sedikit maklumat yang diperolehi untuk pengetahuan dan rujukan para penatap blog ini yang setia. Namun, harus kita semua termasuk saya teguh berpegang pada tali "Hak" Allah, iaitu di sebaliknya mitos dan kepercayaan umat bukan Islam, sememangnya batu-batu permata yang semuladi kejadiannya mempunyai "Rahsia dan Mistik" yang tersendiri.
Justeru, sudah tentu ada sebab dan khasiatnya yang tersendiri, kenapa ia diciptakan Allah. Jelas, kesemuanya terjadi dengan izin Allah swt jua semata-mata.

Agate/Akik:

* Akik dapat membantu untuk hal-hal yang berhubungan dengan kepribadian secara fizikal dan emosional.
* Lagenda mengatakan bahawa pemakai Akik akan dilindungi dari bahaya dan membangkitkan pemakainya dengan keberanian.
* Akik dipercayai dapat menyembuhkan penyakit Insomnia (kesulitan untuk tidur yang parah), memberikan mimpi indah dan memberi ashbab bagi keseimbangan tubuh.

Jenis-jenis akik dengan kemampuannya :

Akik Lumut : dapat meningkatkan hubungan dengan alam sekitar. Lumut Hijau membantu menghilangkan racun dalam darah dan menyeimbangkan energi emosional. Lumut Merah membantu membersihkan darah serta menambah stamina fisik.

* Akik pohon : menolong didalam melakukan introspeksi diri dengan lebih jelas, melihat dunia melalui sudut pandang yang lebih luas dan menurunkan demam serta kadar racun
* Akik Garis/Pita : membantu dalam menarik kekuatan, mengatasi rasa tidak mempunyai cukup kekuatan atau keberanian
* Akik Renda/Jalinan : mengatasi keputus-asaan dan depresi, menimbulkan kegembiraan serta relaksasi dari tegangan otot serta kejang. Akik renda biru membantu menyeimbangkan cairan tubuh dan memberi ketenangan emosi.
* Akik menyerupai bulu burung : menguatkan pembuluh darah dan mengatasi rasa takut tanpa sebab yang jelas. Berguna untuk mengurangi rasa takut dalam berburu atau menemukan arah
* Akik bintik-bintik : perlindungan ekstra terhadap pelawat/pengembara, salah satu batu para petualang
* Akik Mata : melindungi dari kerusakan pada tubuh dan menghilangkan pikiran negatif
* Akik Dendrite : menyeimbangkan kadar gula darah. Merupakan batu para petualang untuk memberikan keamanan dan kekuatan
* Akik India : memberikan kekuatan jasmani, mengatasi perasaan tidak aman/tidak sejahtera dan menghilangkan kelemahan fisik serta emosional
* Akik Botswana : mengatasi ketidakpastian dari arah dan tujuan peribadi.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1