Nuffnang Ads

Rabu, 7 September 2011

KHASIAT DIET NABI



Nabi Muhammad saw mementingkan khasiat dan kualiti dalam aspek pemakanan. Sebagai contoh roti paling kerap dimakan oleh Rasulullah saw adalah roti yang diperbuat dari tepung barli yang tidak diayak.

Mengikut Sahl bin Saad "Aku tidak pernah melihat nabi memakan roti yang diperbuat daripada tepung putih yang diayak sehingga baginda wafat.." beliau ditanya oleh seorang sahabatnya
"Bagaimana kamu membuat tepung tanpa diayak??"

maka Sahl bin Saad berkata "Kami menumbuk barli(sya'ir) kemudian menghembus untuk membuang kulitnya, kemudian kami menggunakan yang baki untuk memasak dan makan..." hadis riwayat Bukhari.

Khasiat Barli:

Barli merupakan bijirin yang banyak khasiatnya yang sentiasa dimakan oleh Rasulullah saw.. Berdasrkan kajian antara khasiat barli adalah membantu mencegah daripada sakit jantung, dapat mengawal paras gula dalam badan, mengelak dari penyakit asma dan mengelak daripada kanser.

Khasiat Gandum:

Disamping roti yang diperbuat daripada barli kasar Rasulullah saw juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Mengikut dari Riwayat Bukhari dan Muslim "Aisyah berkata, "Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan pada hari mereka tidak memakan roti maka mereka memakan tamar...".

Antara khasiat gandum adalah mengelak daripada menghidapi penyakit jantung dan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dimana gandum yang mengandungi vitamin E yang membantu hati mengeluarkan kadar kolesterol yang rendah..."

Antara makanan yang dimakan oleh Rasulullah saw ialah :

Buah Tamar:

Menurut riwayat Bukhari dan Muslim "Aisyah berkata, "Ada ketikanya dapur kami tidak berasap selama sebulan, yang ada untuk dijadikan makanan hanyalah buah tamar dan air, melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.."

Buah Tembikai:

Riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi merekodkan bahawa Aisyah berkata "Rasulullah pernah memakan tembikai bersama-sama dengan buah tamar ..."

Buah Timun:

Dari riwayat Bukhari dan Muslim melaporkan Abdullah bin Jaafar berkata "Saya melihat Raslullah memakan tamar basah dengan sayur daripada mentimun..."

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1