Sabtu, 30 Januari 2010
Maman: Meningkatkan Selera Makan
MAMAN:
Nama Saintifik: Cleome gynandra
Famili: Capparidaceae
MAMAN adalah sayuran tradisional yang sangat digemari masyarakat desa. Pucuk atau daun muda yang dijeruk dimakan dengan nasi. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar atau dihirup seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini merangsang selera sehingga nasi lebih enak dimakan dan lebih berselera daripada biasa.
Pucuk Maman juga menjadi sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan dan pelbagai resipi masakan tradisional yang digemari.
Maman, herba semusim setinggi antara 60 hingga 80 sentimeter (sm). Batangnya lembut, bercabang di bahagian atas dan berwarna hijau kemerahan. Daun kompaun palmat yang terdiri daripada 3 hingga 5 segmen berbentuk obovat. Petiol 5 hingga 10 sm panjang. Infloresen terminal rasem dengan bunganya yang berwarna putih keunguan. Buah kapsul berbentuk silinder, 3 hingga 11 sm panjang, 3 hingga 6 milimeter (mm) lebar dan hujung berparuh runcing. Pedisel 1 hingga 3 sm panjang. Buahnya mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam keperangan.
Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).
Maman mudah dibiakkan dengan menyemai biji benih. Tanaman ini adalah tanaman parak dan sering ditanam selepas pembukaan tanah baru. Biji maman ditaburkan di tempat yang dibakar. Selepas 3 hingga 6 minggu atau sebelum berbunga maman ini dituai pucuknya atau dicabut terus.
Maman boleh juga ditanam secara berbatas. Batas perlu mengandungi kompos atau najis haiwan yang reput secukupnya. Bijinya terlebih dulu dicampurkan dengan pasir dan kemudian ditabur secara berbaris-baris di atas batas.
Apabila anaknya cukup besar, kira-kira setinggi 5 hingga 8 sm, siram pangkalnya dengan larutan 1 sudu makan urea dalam 5 liter air, atau larutan 1 sudu makan baja sebatian kompleks 15:15:15 dalam 5 liter air. Air basuhan ikan boleh juga dijadikan baja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tajaan
RADIOKITA STESEN 1
9 ulasan:
greeting for u sahabatku
pedes ga ya cabenya banyak he..he...good luck
Salam... ibu wah dah lama tak makan sayur ni. Rasa nak balik kampung plak heheheh...
p/s: sy ada link blog ibu ni.... kat blog sy
sodapnye sup maman, slurppp
i like.....tapi lagi sodap, digulai lomak kan...hehehee...
This must be a pint of exquisito.Un Greetings from Creativity and imagination photos of Jose Ramon
wow, nice blog...
thx for coming :)
saya follow ya :)
betul betul betul, amboi lezatnya, sampai air liur ini membasahi mulut, ini memang masakan yanya mengundang selera
hi ibu :)
i have an award for you.
please visit http://soulitary-pedestrian.blogspot.com/2010/02/sekedar.html to take it.
cheers :)
wah...baru tau ma ni sayur
makanann kegemaran...tiap kali balik temerloh akan borong jeruk maman kat pasar..coz kat shahalam takder yg jual...mmg best makan ngan nasi panas..pegh terangkat..
Catat Ulasan