Nuffnang Ads

Isnin, 31 Ogos 2009

KHASIAT BAWANG PUTIH



PERINCIAN BAWANG PUTIH

Bawang putih ditanam di atas tanah yang gembur dan rata. Ia boleh ditanam hampir di seluruh dunia. Bebawang yang istimewa ini terletak didalam tanah.

Ia terbentuk dalam bentuk labu yang mengandungi 10 hingga 13 ulas. Kulit luarannya diselaputi kulit yang berwarna putih kekuningan. Daun bawang berbentuk memanjang. Bawang putih boleh ditanam dengan mengunakan bebawangnya.

Komponen utama bawang putih terdiri daripada:

Ciri Peratusan

Air 64.3

Protein 7.9

Lemak 0.6

Karbohidrat 16.3

Tenaga 98 kkal/100g


KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut.

Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.


FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

KEMUDARATAN BAWANG PUTIH

Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:

# Meransang mukosa pencernaan

# Muntah, 'dysentery', anoreksia nervosa

# Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan

# Anemia

# Dermatitis

Oleh itu sajian bawang putih yang dicadangkan dan dos yang dicadangkan:

Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau

Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat, atau

Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.

Dalam zaman yang serba canggih kini, khasiat bawang putih boleh diperolehi dalam bentuk tablet. Terdapat pelbagai syarikat pengeluar makanan tambahan mengeluarkan tablet bawang putih ini.

Ia mudah didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Antara pengeluar kapsul bawang putih yang terkenal ialah Nutrilite, Cosmos, 21st Century dan banyak lagi.



12 ulasan:

Dream Competition berkata...

wow thanks sharingnya sis..baru tahu nih,kalau kasiatnya luar biasa dari yang saya tahu.

Admin berkata...

Dulu kalau Batuk-batuk gak sembuh2, ambil 3 siung Bawang putih.
Tumbuk halus lalu diseduh air, diminum.

Ditenggorokan kaya kebakar,
Bau.... tapi sembuh dgn cepat.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

salam..

selain dari itu ia adalah salah 1 ubat mencegah virus H1N1...

Dearie Pearls berkata...

Salam Penulis..
Terima Kasih kerana berkunjung dan mengikuti blog saya.
Saya hargai.

Saya add dalam friends list saya k.

Salam,
-LOL-

Daya berkata...

terima kaish citer pasal bawang putih.. baru tau khasiatnye

Chenta berkata...

tq.. info yang berguna..

Boleh menambahkan lagi ilmuan dapur.

affanibnu berkata...

saya paling demen makan bawang putih, enak, hehe

image_of_purity berkata...

banyak juga kebaikannya ya...

Solehah berkata...

terima kasih atas informasi ni..sangat berguna.

Aloy Paradoks berkata...

ni yg rasa nak kunyah bawang putih hari hari..

cahaya malam berkata...

salam..

ibu yang terkesuma.. ;)
bawang putih memang banyak khasiatnye..
tapi x suke makan bawang putih..
nak buat camner erk?

salam ramadhan..

wassalam..

Tanpa Nama berkata...

salam ramadhan...

very informative ye blog nie..sy pun suka bwg putih..wangi je aromanya biler di tumis..

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1