Nuffnang Ads

Isnin, 10 Ogos 2009

Misai Kucing mengurangkan sakit Gout




Saya baru-baru ini mengamalkan minum air daun misai kucing atas nasihat seorang kawan dan dari maklumat yang dibaca di buku dan internet.

Saya telah mengalami sakit gout yang agak kronik sejak 15 tahun lalu dan sering bergantung kepada ubat klinik terutama aloporinol dan ubat tahan sakit.

Sering kali air kencing agak kuning pekat dan berbuih.

Tetapi selepas minum air rebusan misai kucing sakit agak berkurangan dan terkawal disamping air kencing berwarna jernih putih.

Kini saya terus mengamalkan meminum samada teh misai kucing yang sedia ada dipasaran atau air daun misai kucing segar yang ditanam sendiri di halaman rumah.

(Rujukan:
http://fazlisyam.com/2009/08/04/misai-kucing-mengurangkan-sakit-gout/)

3 ulasan:

DaliaLiyana berkata...

salam ibu...dalia nak petua leh??
yang senang dan mudah utk kempiskan pipi...dalia ni tembam sgt la...huhu...
mekacih bu....

neem berkata...

salam..

semoga ibu cepat sembuh

Ibu.kesuma berkata...

Cik Dalia Liyana;

Ibu cuba dapatkan petua untuk mengurangkan tembam di pipi.

Ibu di fahamkan banyak spa yang mengendalikan masalah anda.

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1