Rabu, 19 Ogos 2009
Khasiat Bawang Merah
BAWANG merah yang biasa kita kenal, atau ada juga yang memanggil bawang kecil telah dikenali dengan beberapa bahasa seperti 'shallot' atau nama kimianya allium cepa var ascalonicum. la termasuk dalam golongan rumput liliaceae. Kononnya bawang merah atau bawang kecil ini berasal dari kawasan atau bahagian Asia Tengah, seperti juga di kawasan di mana datangnya bawang putih. Dengan lebih tepat lagi bawang merah ini terdapat asalnya di kawasan kota tua Askalon Palestine Tenggara.
Dari kawasan inilah kemudiannya datang para pedagang dan membawanya datang ke bahagian-bahagian lain di dunia ini hinggalah ke Eropah dan ke Asia hingga sampai bahagian dunia sebelah sini.
Bawang merah boleh hidup dengan suburnya jika dia mendapat tanah dan baja yang subur, gembur dan sering dipupuk dengan tanah yang baik setiap waktu.
Sebaik-baiknya ketika menanam bawang merah jauhilah dia dari ditumbuhi dengan rerumput lain yang kering mengganggu kawasan kelilingnya.
Khasiat bawang merah:
Terlalu banyak digunakan untuk masakan dan ubatan. la mengandungi zat-zat makanan yang berguna seperti zat putih, telur, gula, kalium, phosphor, zat besi, fluor, belerang, vitamin C (terdapat 10-15 gram di dalam setiap 100 gram bawang merah), vitamin B, pantothen dan karoten.
Selain dari itu bawang merah juga berkhasiat menghairahkan hati, menggiatkan kerja jantung dan menenangkan sarat. la juga berkhasiat bagi mereka yang menderita penyakit selsema dan penyakit cacing.
Bawang merah ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dikupas kulitnya dan dibersihkan. Bagaimanapun tidak semua mereka yang menggemarinya.
Tetapi ramai juga mereka yang menggemari bawang merah jika dibuat ulam ataupun pencecah makanan seperti dibubuh kicap, cili dan lobak asin serta ikan bilis. Bawang merah ini memang banyak khasiatnya jika dimakan mentah-mentah.
Selain dari itu bawang merah ini juga sedap dimakan jika dibuat acar atau campuran kepada makanan iaitu sebagai bahan penumis. Bawang merah yang digoreng dapat menambahkan rasa sedap serta enak kepada berbagai jenis makanan.
Kulit bawang merah ini jika dikumpulkan boleh digunakan untuk dijadikan pewarna kepada kulit telur pindang yang boleh menukarkan warna coklatnya setelah direbus. Daun bawang juga boleh digunakan kepada berbagai jenis campuran sayuran.
Bagaimanapun lazimnya bawang merah yang masin segar lagi digunakan untuk membuat rempah-rempah khusus dipanggil jamu untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun bawang merah. ini amat sesuai sekali untuk dijadikan bahan masakan, bagi segala jenis masakan baik orang-orang timur mahupun barat.
Pendeknya segala bangsa menggemari bawang merah sebagai salah satu dari bahan perencah untuk dijadikan bahan makanan mereka dari dulu hingga sekarang dari sejak ia mula-mula ditemui.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tajaan
RADIOKITA STESEN 1
2 ulasan:
Salam ramadhan. Me kasih atas info ni.
salam ramadhan... :)
banyak info2 yg berguna... :)
Catat Ulasan