Nuffnang Ads

Isnin, 9 Mei 2016

PETUA HINDARI DARI BUASIR


PENYAKIT ini sering dianggap memalukan, apatah lagi jika dialami wanita. Bayangkan, sanggupkah anda membuat pendedahan atau bercerita secara terbuka mengenai pengalaman berdepan buasir. Kalau boleh, rahsia itu dikunci rapat dan tiada siapa perlu tahu kerana ia berlaku di bahagian sulit.


Hakikatnya, ia penyakit yang tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa usaha merawat. Sesiapa pun boleh terdedah kepada buasir atau hemorroids.


Penyakit ini terjadi apabila urat di bahagian rektum (bahagian akhir usus besar) dan dubur membengkak. Salur darah lembut dan otot di sekitar dubur membantu mengawal laluan najis.


Apabila urat di bahagian itu membengkak, berlaku pendarahan rektum, sakit dan perit ketika buang air besar.


Tekanan yang terlalu tinggi dalam darah di bahagian rektum boleh menyebabkan dinding dubur tertonjol keluar, terutama ketika meneran. Bagaimanapun, buasir tiada kaitan dengan kanser dan bukan penyebab penyakit itu.

Ramai wanita hamil menderita buasir kerana pembesaran rahim secara beransur-ansur meningkatkan tekanan pada beberapa organ dan abdomen.

Tekanan tinggi pada perut yang meningkatkan kes buasir turut berpunca daripada obesiti, duduk terlalu lama ketika bekerja (misalnya yang bekerja di pejabat dan pemandu bas atau teksi) atau individu yang mengalami sembelit atau cirit-birit kronik.

Rawatan:
Langkah pertama ialah menghentikan gejala atau simptom iaitu sakit, pedih dan gatal, manakala berikutnya ialah mengecutkan buasir.

Pengidap buasir perlu mengamalkan diet berserat tinggi dengan pengambilan sayuran dan buahan dan banyakkan minum air kosong anggaran dua liter sehari.

Pengambilan makanan berserat tinggi, makanan tambahan dan mempunyai kandungan cecair tinggi dapat mengatasi 90 peratus kes buasir.

Gejala sakit dan kerengsaan boleh dilegakan dengan penggunaan sapuan krim tertentu. Ia disediakan dengan kombinasi beberapa ubat tahan sakit dan agen antikerengsaan serta steroid.

Mandian air panas dengan memasukkan satu atau dua sudu air garam boleh melegakan kesakitan dan bengkak pada dubur.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1