Nuffnang Ads

Sabtu, 5 Mac 2016

PETUA UNTUK BABY KENA DEMAM KUNING (JAUNDICE)


Demam kuning atau jaundice kini dah menjadi satu kebiasaan bagi bayi baru lahir. Buat ibu bapa baru, jangan panik andai anak anda kena demam kuning. Ada banyak rawatan susulan yang boleh anda praktikkan untuk mengurangkan kesan demam kuning atau jaundice ini pada anak atau bayi.

Susu ibu adalah anugerah Tuhan, gunakan sebaik mungkin buat bayi yang baru lahir. Ia ada kandungan yang patut untuk anak imun kepada penyakit. Berilah susu ibu sebanyak mungkin atau paling kerap setiap 2 jam sekali. Pastikan ibu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak atau bayi yang baru lahir. Dan bagi ibu, sila kawal dan jaga pola pemakanan anda agar si bayi mendapat khasiat sempurna dan lengkap dari penyusuan susu ibu.

Antara petua lain:

1 - Susu kambing. Tak perlu banyak, sedikit dengan anggaran beberapa titik diberikan minum kepada bayi. Menurut kajian, susu kambing punyai khasiat serta kandungan protein yang hampir sama dengan susu ibu. Namun, perlu diingatkan bukan semua bayi rasi dengan kaedah ini.

2 - Sengkuang Cina juga dipercayai dapat mengurangkan kesan demam kuning. Parut isi Sengkuang Cina, perah sampai keluar air. Ambil airnya dan berikan pada bayi ... tak perlu banyak kerana perut bayi belum cukup kuat untuk terima bahan lain.

3 - Pokok Dukung Anak. Ambil beberapa batang pokok Dukung Anak dan direbus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

4 - Halwa Kundur. Beli kat kedai Halwa Kundur, bersihkan dan rebus. Air rebusan Halwa Kundur diberikan minum pada bayi yang kena jaundice.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1