Nuffnang Ads

Ahad, 28 September 2014

Pokok Keladi hiasan ancaman kepada manusia

Pokok keladi hiasan yang juga disebut pokok 'Pisang Tanah', selalunya ditanam dalam pasu dihalaman rumah atau dijambangan bunga didapati membahayakan kepada manusia.

Dalam bahasa inggeris disebut The name of this plant is dumb cane.
Botanical name: Dieffenbachia, Family: Araceae

Pokok ini bukan tumbuhan yang berasal Malaysia,tetapi kini terdapat menghidup liar.
Ia dipercayai dibawa masuk ke Malaysia dari India Barat.

Jenis ini mudah hidup dan boleh tahan cahaya matahari,jika dibandingkan dengan jenis-jenis pokok Batang Bisu yang lain.

Daunnya berwarna hijau tua dengan berada tompok-tompok putih.

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul.

Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda,musnahkan pokok hiasan ini segera.

Sekiranya anda menanam di kawasan rumah,dan meletakannya diruang tamu atau di tempat letak kereta. pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat lain yang jauh dari anak-anak anda.

Dalam satu kajian, Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya.

Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit.

Manakala bagi orang dewasa pula, boleh membawa juga maut kurang dari 15 minit.

Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini.

Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak
tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang terletak diruang tamu atau
ditempat letak kenderaan,akan membawa padah.

Kesannya, apabila mengigit daun beracun ini,lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalang penafasan.

Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.

Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda .

Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Berhati-hati ok.

kiriman:
Oleh:Norhasrina Idris

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1