Nuffnang Ads

Jumaat, 15 November 2013

PETUA UNTUK ATASI SAKIT PINGGANG


1- Ambil sepotong halia sebesar ibu jari dan tumbuk halus.  Kemudian campurkan dengan dua gelas air dan sedikit gula.  Rebus sampai mendidih.  Kemudian, biarkan sejuk.  Minum dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.

2- Ambil kuning telur dan telan mentah-mentah.  Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

3- Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.
( Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil).

4- Ambil 10 helai daun kecubung yang ditumbuk bersama kapur sirih sehingga hancur. Kemudian tampalkan ramuan tu pada bahagian pinggang yang sakit. Lakukan 2-3 kali sehari sehingga pinggang tidak lagi terasa sakit.

5- Cari 20 helai daun nona. Rebuskan daun tersebut dengan 5 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal 3 gelas sahaja. Untuk sembuhkan sakit pinggang, minum air rebusan tu sekali sehari sebanyak setengah gelas setiap kali minum.

6- Baring atas lantai tanpa tilam, baring melentang/telentang dengan meluruskan kaki sekurang-kurang selama sejam sehari.(amalkan setiap hari insya Allah tak sampai 2 minggu sakit tadi akan sembuh.

selamat mencuba..

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1