Nuffnang Ads

Jumaat, 1 November 2013

Petua Merawat Anak Demam


Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai sebab tak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.

Bunga raya:
Untuk menurunkan suhu badannya ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas-ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun baby atau anak kecil berkenaan. Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.

Air kelapa muda:
Kalau ada yang demam berpanjangan dan masih tidak mahu kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat, boleh dicuba ikhtiar nie.

Untuk merawat demam yang tak kebah-kebah tu,cuba beri minum air kelapa muda dua kali sehari. InsyaAllah, badan panas tu akan mulai turun.

Bawang merah:
Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.

Selain cara di atas, menurut orang tua-tua dulu, Bawang yang telah ditumbuk itu seeloknya dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa. Kemudian barulah dilumurkan ke badan si anak, terutama bahagian punggung dan dada.

Air asam jawa:
Jika anak anda ataupun anda sendiri diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, boleh lahcubameredakan demam tu dengan menjaram kepala dengan air asam jawa.

Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Lepas tu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.

Lakukan berulang kali sehingga suhu panas badan terasa mulai reda.

Sirih pinang:
Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan tu hingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Lepas tu sapukan pada kepala anak yang demam.

Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

Ubi kayu:
Kalau ada bayi atau anak kecil yang demam, boleh juga dirawat dengan ubi kayu untuk menurunkan suhu badan yang panas.

Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan tu ditempekkan ke dahi budak tu. Bila parut tu kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1