Nuffnang Ads

Jumaat, 19 April 2013

Tips Awet Muda

PUCUK GAJUS


1. Selepas bangun daripada tidur, amalkan minum air suamsegelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan ia setiap hari selepas bangun tidur. Insya-Allah muka anda akan kelihatan berseri-seri setiap hari.

2. Ambil pucuk gajus, bersihkan ia dan makan tanpa rebus. Anda juga boleh air rebus pucuk gajus tersebut untuk kelihatan awet muda.

3. Gunakan kedua-dua jari telunjuk kedua-dua belah tangan anda dan letakkan di dagu. Pusingkan-pusingkan jari anda mengikut arah jam sehingga ke pipi anda dan seterusnya ke hidung anda dan akhir sekali hingga ke dahi anda. Kemudian minum air suam sebelum mengambil sarapan. Diingatkan kepada anda supaya jangan sesekali mengurut dari dahi ke bawah kerana ia mempercepatkan proses kedutan.

4. Makan daun pudina mentah setiap hari atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan makan daun ini selalu untuk kelihatan muda dan berseri-seri setiap hari.

1 ulasan:

Delimasari berkata...

elok diamalkan - tq

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1