Nuffnang Ads

Rabu, 7 Mac 2012

Petua Halau Siput Babi


Siapa yang gemar tanam pokok bunga kat sekitar rumah tentu sedar masalah Siput babi. Sekali-sekala akan kelihatan siput ini tanpa diundang. Kalau dibiarkan hmm… alamatnya lepas tu dia panggil kekawannya yang lain datang berkampung pada pokok bunga kita yang kita tanam.

Tapi apa nak buat, sudah menjadi lumrah kejadian siput macam itu.

Siput ini memang suka tempat-tempat yang teduh menghijau dan lembap. Tambah pulak kalau musim hujan, makin menjadi-jadi lah kedatangannya.

Bagi sesiapa yang sudah tak tahan nak ‘melayan’ kerenah siput babi yang sering merosakkan tanaman, ada satu petua yang boleh dicuba.

Caranya ialah dengan menabur serbuk kayu atau serbuk gergaji pada sekitar daun dan batang pokok. Dengan berbuat demikian, insyaAllah, siput babi akan ‘hilang selera’ untuk mendekati pokok tanaman kita.

Kalau tak percaya, cuba taburkan sedikit serbuk kayu pada siput babi… tidak senang duduk ia dibuatnya. bila dah selesai eksperimen ini jangan lupa pula bersihkan semula siput itu dari kotoran serbuk yang kita tabus tadi.. kesian pula siput tu…

Tiada ulasan:

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1