Nuffnang Ads

Sabtu, 17 Mac 2012

5 Petua dan Penawar Penyakit



Penawar Pecah Bibir Mulut Atau Lidah Dengan Sebab Tergigit:

Ambil getah pokok sena yang berwarna merah, kemudian bubuh ke tempat yang pecah. InsyaAllah dalam dua hari akan sembuh.

Petua Membuang Kaca Dalam Kaki:

Ambil bubur nasi yang panas dan letak di tempat yang luka kemudia tutup dengan daun sireh dan balut. Ulang selama 5 hari. Nanah akan akan keluar berserta kaca tersebut.


Petua Membuang Duri Dalam Kaki:

Untuk membuang duri di dalam kulit, ambil seulas bawang merah lumurkan dengan minyak kelapa ( minyak masak) kemudian bakar hingga hangus dan tampalkan pada tempat yang luka.

Petua Mengubati Penyakit Barah Darah (Leukemia):

Pokok Kemunting Cina menghasilkan Alkaloid Vinblastina dan Vinkristina yang boleh mengubati penyakit barah.

Ambil 20 gram kemunting cina (bunga warna putih atau merah) yang sudah dijemur dan rebuskannya. Minum airnya 2 kali sehari dan lakukan sedemikian sehingga sembuh.

Penawar DEMAM KUNING:

Ambil segenggam daun dari pohon Dokong Anak (seperti daun duri kemang yang tumbuh di atas padang di kenali dengan nama daun Tiking). Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masak (air mati) yang suam ke dalamnya dan campurkan sedikit garam. Minumlah air tersebut segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu petang. Insya Allah dalam masa dua minggu penyakit tersebut akan hilang.

Tiada ulasan:

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1