Nuffnang Ads

Sabtu, 7 November 2009

Khasiat Sayuran Tauge


Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya!

19 ulasan:

tinta kasturi berkata...

oo..
sayur bajet yang berkhasiat
alhamdulillah

lepas ni beli tauge!

Mario berkata...

sedap nyer...nuff ibu tido lg laa...ingatkan nak klik...

Rihar Diana(dhana) berkata...

salam sahabat
ehm..bagus,jadi pingin bikin aja thnxs n good luck ya...

Tirana berkata...

Info yang menarik..terimakasih atas perkongsian ini.

somuffins berkata...

Salam.. Kunjung balas .. terima kasih berkongsi ilmu.

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

kena makan taugeh lepas ni

zai berkata...

sekarang nak makan tauge pun takut sbb dengar cite kalau tauge yang keras segar dan warna putih bersih tu hasil dari siraman air kencing dan batang tauge pulak menyerap kandungan air kencing tu..ini semua selalunya dibuat oleh pekebun cinala...

kadang2 orang islam pun beli borong utk jual pun dari bukan islam juga ini yang susahnya..takut tetap terkena walaupun kita sebenarnya berusaha utk mencari yg halal..

duniakura2 berkata...

aku nda begitu suka toge, tapi juga nda sebel ma toge hehehe...
tapi lebih sering makan toge di mie ayam ^^

Solehah berkata...

bnyk rupanya khasiat taugeh ya..tq eh info ni..

CT Delima berkata...

saya memang tak suka..dan tak gemar makan tauge. hubby pun sama, tapi hubby masih boleh terima lah. rasanya boleh dikira kalau nak masak tauge ni, 2 tahun hanya sekali hehehe. agak2 nya bila saya dah baca kat sini, boleh ker saya menerima tauge dalam menu harian saya.

wina berkata...

salam ibu kesuma..tq follow saya :-)

kebetulan malam tadi saya & suami makan taugeh & hubby kata taugeh ni xde khasiat sebenarnya :-)

nanti nak suruh dia baca ni...

harto berkata...

Waaahhh ternyata tauge banyak juga yaa manfaatnya. Paling suka saya makan Tauge Goreng ala kota Sukabumi. Trims infonya yaa

Willyo Alsyah P. Isman berkata...

dibalik keunikan nya tauge memang sangat bermanfaat

Haniseh berkata...

buat wanita bgetu penting juga yah tauge itu..terus yah ibu beri kami ini manfaat2 dan ilmu dari tiap postingan..ok cayo

Irwan Siska berkata...

Baru tau ni..
Padahal nEnek Qu di Village jualan tAuge tiap Kamis..
bEsok mNta aH..heh
salam keNal pUan Kesuma..

Ellious Grinsant berkata...

Punteeeen... soal toge ya, hehehe... waktu SMA suka beredar mitos dikalangan laki-laki kalo toge itu bagus untuk sperma cowok, saya nggak tau pasti sih, hehehe...
Tapi nice info bu... :)

armouris berkata...

info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara

Nita Febri berkata...

toge bikin batuk kaan buu..

Noor Liza berkata...

Noor Liza

saya memang suka taugeh, lagi2 tumis air dgn tahu ker...kalau beli 50sen tu saya boleh habiskan sorang lah..tapi yang tak best tu anak2 dan suami pulak tak suka, itu yang kena habiskans sendiri tu

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1