Nuffnang Ads

Sabtu, 24 Oktober 2009

Cara Mengenal Kasut Kulit Babi

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas.

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.





4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.



13 ulasan:

Rossbaru berkata...

terimakasih kunjungannya

Sibaho Way berkata...

nice info... I'll bookmark this post into my facebook

nuranuraniku.blogspot.com berkata...

salam sobat
trims sharing dan infonya ya,,,
wah harus hati2 nich,,membeli sepatu dan sendalnya,,jangan sampai yang ada kulit babinya.

narti berkata...

artikel bagus, berhati-hatilah kita yg muslim.

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal berkata...

salam ibu kasuma, ini petua yang bagus dan ilmu baru bagi saya, dah lama dengar kulit babi, tapi tak tau cara nak kesan, terima kasih atas post ini, teruskan perjuangan ibu

Tanpa Nama berkata...

wah mantap surantab nih artikle...maju trs semangat

Ranny berkata...

huaaaa tidakk hikz maw periksa barang2 dah semoga ga ada
makasih banget yah bu..

salam kenal ibu ^^

Tanpa Nama berkata...

orang malaysia atau indo nie...? bahasa nya seperti malaysia ya... salam kenal ya...

Unknown berkata...

terima kasih ya...saya baru tahu caranya spt itu utk mengetahui dari kulit babi atau bukan.

Ajeng berkata...

Terima kasih infonya,very useful. Salam kenal, terima kasih sudah berkunjung...

azlina berkata...

salam ibu kesuma
salam ziarah kembali...
saya add link blog ibu ke blog saya yg lg satu yea..http://leyalina.blogspot.com

niesz berkata...

emm..if nk li sumthing tu kene makesure xde pon bnda2 yg xpatut d letak kan kat ctu..mmg x sah if nk bwk ke solat..

bro.zabar berkata...

salam.terima kasih ibu,,sebelum ni tau pasal ni tp xpenah tahu pasal macamna nk kesan (terima kasih kerana tunjukkan gambar kasut tu,,JElas)

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1