Nuffnang Ads

Isnin, 19 Oktober 2009

Khasiat Durian Belanda



Mungkin ramai yang tidak mengetahui batang, akar, biji dan buah durian belanda annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Menurut kajian, durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.

Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Catatan /Keterangan;

Keluarga :

Nama Tempatan :

Nama Inggeris :


ANNONACEAE

Durian Belanda

Soursop

- Kegunaan:

Masyarakat Melayu menggunakan tumbuhan ini untuk mengubati bengkak dan bengkak bernanah, dan juga untuk penyakit-penyakit kulit di kalangan kanak-kanak.

- Taburan & Ekologi:

Spesies ini berasal dari Amerika Selatan dan mungkin dibawa masuk oleh orang Belanda. Di Perlis, ia ditanam secara meluas kerana buahnya.




8 ulasan:

AISHALIFE-LINE berkata...

bahasa Indonesia sirsak kan bu?

Ibu.kesuma berkata...

Sdr AISHALIFE-LINE

emang benar kok Sirsak atau durian belanda

DrSam berkata...

Salam singgah. Menarik info-info terutama berkaitan khasiat buah-buahan dan sayuran yang dipaparkan disini. Terimakasih kerana berkongsi pengetahuan.

pelangi anak berkata...

Di tempat kelahiranku pun buah 'Surikoyo' tersebut sangat populer dan dapat tumbuh subur. Orang gemar membudidayakannya di halaman depan dan belakang rumah dengan alasan:

1) Buahnya 'kecut' tapi lezat
2) Mudah ditanam dan tidak perlu perawatan
3) Daunya lebat hijau rimbun, sehingga bisa menjadi tanaman pelindung
4) Semua bagian tumbuhan tersebut bisa dimanfaatkan sesuai dengan kebutuhan kita
5) Punya nilai ekonomis tinggi
6) Dst....

Di kampung halaman saya (Madiun, Jatim) juga masih mudah sekali tanaman tersebut ditemukan di halaman-halaman atau kebun masyarakat kebanyakan, meskipun populasinya sudah tidak sebanyak dulu ketika saya masih kecil, biasa lah, impact dari perkembangan perumahan.

Terima kasih for the best posting!

niesz berkata...

mmg jarang nk jumpe buah belanda ni skrg..if ade pon kat pasaraya yg da siap di kupas..emm..sedap ke??niesz xpnh cube lg..but mesti kene cube lpas ni..ehe..

Kak Ungku Betty berkata...

Ibu Kesuma,saya suka buat jus durian belanda sendiri...lebih sedap dan fresh. Tak sangka pulak banyak khasiatnya. Terima kasih beri info di atas. Salam buat Ibu....

Ieda the Rainbow Princess berkata...

Waduhh!Enak bangat nieh!Manisssss!

Fanda berkata...

Baru2 ini aku juga dapat e-mail tentang kegunaan sirsak untuk mengobati kanker. Benar2 semua ciptaan Tuhan itu selalu memberikan manfaat bagi sekitarnya ya.

Salam kenal!

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1