Nuffnang Ads

Jumaat, 4 September 2009

Khasiat Limau Nipis/Jeruk



Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Penanaman
Limau nipis biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan.

Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab .Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

Buah
Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.

Khasiat
Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A.



4 ulasan:

Hizami Li berkata...

hehe.

i really into lime juice.

=)

i f0ll0w ur bl0g!

wanita mutalib berkata...

kakak,

kalu minum selalu leh kurus tak?

Ibu.kesuma berkata...

Wanita Itu,

Jangan amal terlalu kerap minum air limau nanti ada efek yang lain pula .. minumlah 3 - 4 hari sekali tapi boleh berulang2 - dan dengan amalan itu tidak boleh menjadi kurus sekadar membuang lemak2 dalam tubuh. w'walam.

Tanpa Nama berkata...

i guna limau nipis utk buang kelemumur kat kulit kepala and it works! do visit my blog

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1