Nuffnang Ads

Isnin, 27 Julai 2009

Petua Menghilangkan Panau




Ada di antara kita yang menghadapi masalah panau di badan. Jika panau tersebut berada di bahagian yang tertutup mungkin kurang merunsing tetapi jika di kawasan pandangan orang mungkin akan menjejaskan keyakinan diri.

Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diusahakan untuk menghilangkan panau antaranya ialah;

Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau.

Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.

Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.

Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.

Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.
Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.

Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat.Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan selalu.

1 ulasan:

Masrur berkata...

haha tu bukan gambar lengkuas...tu gambar halia :p

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1