Nuffnang Ads

Khamis, 13 Ogos 2009

Petua Ubat H1 N1





petua menyembuh H1N1.

Rendamkan buah kurma dengan air kelapa selama 1 hingga 2 jam.

Kemudian minum air kelapa dan makan kurma tersebut.

Insyaallah dgn izin Allah
kita berupaya sembuh dari H1N1. sebarkan!!! Kiriman: kechik2816

Isnin, 10 Ogos 2009

Misai Kucing mengurangkan sakit Gout




Saya baru-baru ini mengamalkan minum air daun misai kucing atas nasihat seorang kawan dan dari maklumat yang dibaca di buku dan internet.

Saya telah mengalami sakit gout yang agak kronik sejak 15 tahun lalu dan sering bergantung kepada ubat klinik terutama aloporinol dan ubat tahan sakit.

Sering kali air kencing agak kuning pekat dan berbuih.

Tetapi selepas minum air rebusan misai kucing sakit agak berkurangan dan terkawal disamping air kencing berwarna jernih putih.

Kini saya terus mengamalkan meminum samada teh misai kucing yang sedia ada dipasaran atau air daun misai kucing segar yang ditanam sendiri di halaman rumah.

(Rujukan:
http://fazlisyam.com/2009/08/04/misai-kucing-mengurangkan-sakit-gout/)

Jumaat, 7 Ogos 2009

Khasiat Pisang




BUAH PISANG

Selain enak untuk dimakan, pisang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan. Antara khasiat pisang :

SEMBELIT

Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

TEKANAN DARAH

Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG

‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

REDAKAN TEKANAN

Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

KURANGKAN RASA MUAL

Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

KULIT PISANG

PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Herba Kacip Fatimah



Labisa pumila atau lebih dikenali sebagai Kacip Fatimah di kalangan masyarakat Melayu ialah tumbuhan herba berkayu yang tumbuh liar dan senang dijumpai di Malaysia dan Thailand yang terdiri daripada hutan hujan khatulistiwa pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut kerana kedudukan kawasan seperti ini yang redup dan mempunyai kandungan humus yang tinggi serta tidak menakung air. Kacip Fatimah boleh membiak dengan dua cara iaitu biji benih dan keratan akar. Tiga jenis variasi Kacip Fatimah yang boleh dijumpai di Malaysia ialah Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

Namanya sedemikian rupa menyerlahkan ciri-ciri wanita bangsawan yang mementingkan gaya hidup sihat dan bersemangat tinggi sesuai dengan khasiat yang dimilikinya

KHASIAT KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki melalui;
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, rheumatism dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang telah rosak dan mengatasi constipation.

CARA PEMAKANAN

Kacip Fatimah boleh dimakan begitu saja sebagai ulam atau dalam bentuk air rebusan,

Bagi wanita yang hendak bersalin/baru bersalin, minum air rebusan yang mengandungi akar dan daunnya dan telah direbus di dalam periuk tanah.

Bagi pesakit buasir (hemarroid/piles), rebus akar Kacip Fatimah yang telah dikeringkan dan minum air rebusan tersebut.

NOTA:
Kacip Fatimah berfungsi untuk membersihkan peredaran darah maka ianya tidak sesuai untuk perempuan mengandung atau yang sedang menyusu anak.

Isnin, 3 Ogos 2009

Petua Merancang Keluarga

(1)

Ini petua bagi anda yang merancang kehamilan tanpa menggunakan pil dan peralatan moden.

Anda hanya perlu minum air perahan kunyit hidup (1 cm panjang) sebanyak setengah gelas seminggu. Boleh juga lebih kerap. Tapi jangan terlalu kerap kerana boleh menimbulkan kesan sampingan iaitu cepat menopaus.

Air perahan kunyit juga, jika diminum boleh membersihkan organ dalaman wanita dan menyembuhkan penyakit keputihan.


(2)

Petua untuk hamil


Ramai juga kekawan yang dah kahwin masih belum mendapat anak.

Sebenarnya banyak petua yg boleh didapati dari bacaan juga daripada orang-orang tua.
di sini yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan rohani dan jasmani Antaranya :

  • Jangan makan makanan yg masam2 tambahan pula bagi mereka yg susah hamil.
  • Selalu amalkan menekan dan mengurut pada tgh telapak tgn dan kaki.
  • Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi bagi suami.
  • Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk
    semua lelaki yang telah berumahtangga. Cara Buat Senaman Batin :-
  • Duduk bersila badan tegak
  • Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan.
  • Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan , tangan kiri pula pegang
    lutut kiri..tarik nafas dalam-dalam (slow)
  • Setelah nafas penuh didada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan
    hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas tahan selama 7 saat) jika tidak mampu jangan paksa.
  • Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula.
  • Buat 3 x atau 7 x setiap lepas sembahyang subuh. Jika betul melakukannya peluh akan keluar walaupun hanya 3 x buat. Maksudnya 3 x kanan dan 3 x kiri )
  • Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila pergi ke masjid, InsyaAllah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.
  • Jangan stress (maklumlah kalau lambat mengandung banyak orang bertanya betul tak, kadang2 boleh tension dibuatnya). Elakkan daripada stress macam ni, kena cool je.
  • Kena ingat selalu, rezeki ni Allah yang beri, utk dapatkan rezeki Allah, kita kena ingat Allah selalu, kena solat selalu, kalau boleh kena berjama’ah dengan suami/isteri.
  • Kena banyakkan solat hajat dan istikharah waktu malam iaitu sepertiga malam kira2 pukul 3 malam, sama2 kena buat, suami dan isteri.
  • Berpuasa tiga hari, berdoa kepada Allah, jangan banyak berbual-atau bercakap dalam masa 3 hari, berbual dan bercakap hanya perkara2 tertentu, dan bercakaplah tentang kebesaran2 Allah selalu, jangan mengutuk2 orang, jangan mengumpat2 orang, pendek kata, kena bersihkan hati2 kita yang kotor.
  • Sebelum tidur baca zikir subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, allahuakbar 34 kali, baca selawat, fatihah, 4 qul, dan ayat kursi hinggalah tidur.
  • Amalkan minum madu asli dan dicampur dengan cecair habbatussawda, makan sesudu pagi dan sesudu petang, suami dan isteri kena makan.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Delima Hilangkan Masalah Cacing



Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1