Nuffnang Ads

Jumaat, 10 Januari 2014

Manfaat Timun Pada Wajah

Timun banyak mengandung silikon dan fluorin yang bersifat mendinginkan dan menyegarkan serta berfungsi sebagai astringent. Timun mentah mengandungi protein dan karbohidrat serta vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Biji timun pula mengandungi banyak vitamin E dan sangat baik untuk kulit dan dapat mengurangkan kedutan diwajah.

1.Masalah Muka Kusam & Muka Berminyak:
Kupas timun kemudian parut, campur dengan sedikit air dan oleskan pada wajah selama 15 minit. Basuh dengan air suam dan lakukan seminggu 2, 3 kali.

2. Menyegarkan & Menghilangkan Sembab Mata:
Mata yang letih akan menjadi segar seketika apabila hirisan timun diletakkan di atas kelopak mata selama 15 minit.

3. Muka Sunburn & Pedih:
Kupas timun, parut, kemudian simpan selama 30 minit di dalam peti ais. Setelah itu, oleskan pada wajah dan biar 20 minit. Basuh dengan air paip dan keringkan wajah dengan menepuk - nepuk perlahan menggunakan kain lembut.

4. Membersihkan & Menyegarkan Wajah Serta Menghaluskan Kulit:
( Buat Masker Timun )
- Masker timun dibuat dengan mencampurkan parutan timun dengan sedikit susu segar lalu diblend. Sapukan bahan ini pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit. Setelah itu bilas dengan air suam.
- Timun dipotong - potong dan dikisar. Campur dgn 3 sudu yogurt timun. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 45 minit / sejam . Setelah itu bilas dengan air bersih.

Tiada ulasan:

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1