Nuffnang Ads

Jumaat, 20 September 2013

Khasiat Belut


Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak “sudi” makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.

Masyarakat umum percaya belut boleh membantu mengubati penyakit:

1 - Buah pinggang
2 - lelah
3- Darah gemuruh
4- Lemah tenaga batin
5- Boleh menyembuhkan luka pembedahan.

Selain dari itu Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1