Nuffnang Ads

Jumaat, 24 Mei 2013

Khasiat bawang putih mentah


Khasiat bawang putih mentah bukan sekadar penawar demam + selesama sahaja tetapi juga dapat menjadi penawar kepada penyakit merbahaya seperti KANSER. Dengan adanya Anti Keradangan + anti oksida pada bawang putih inilah penyakit demam akan segera pulih dan penyakit KANSER insyaAllah akan mula reda secara perlahan2. Terpulang pada empunya diri cara pengambilan bawang putih mentah.

Khasiatnya:

- Dapat meredakan demam + selesama
- Merendahkan tekanan darah
- Memiliki tindakan hipertensi + antikoagulan + anti-trombotik dan keupayaannya untuk mengurangkan aterosklerosis berkaitan dialami dalam arteri kita
- Membantu mengawal gula dalam darah
- Mengurangkan pengumpalan platelet + pembekuan darah = sekali gus mengurangkan strok
- Mengelakkan + merawat jangkitan bakteria + virus + kulat
- Merawat parasit dalaman dan luar seperti kutu + nyamuk. Mana yang nak pergi Camp bawa xtra garlic
- Boleh membunuh beberapa jenis bakteria yang telah menjadi imun atau tahan antibiotik moden
- pengambilan bawang putih boleh mengurangkan risiko membangunkan beberapa jenis kanser, terutamanya kanser saluran gastrousus.
- Meningkatkan tahap antioksidan keseluruhan badan + merupakan sumber selenium = ubat anti-kanser yang kuat
- Mengalami penyakit kaki makan air? Letakkan beberapa kepingan bawang putih segar atau beberapa bawang putih yang dihancurkan dibahagian antara jari kaki anda. Balut dan biarkan untuk beberapa jam = 6 jam.
- Menunjukkan sifat2 ajaib dalam merawat keracunan logam berat seperti plumbum + merkuri + kadmium + arsenik + tembaga. Jika terkena salah satu logam tersebut dalam badan maka cepat2 kunyah bawang putih mentah
- Menyembuhkan bisul + kudis. Hancurkan bawang putih dan tepekkan atasnya. Biarkan hingga kering dan ulangi amalan ini hingga kudis sembuh
- Untuk menghilangkan ketuat atau kutil iaitu lebihan daging kulit seperti tahi lalat hidup. Ambil beberapa kepingan bawang putih dan letak pada ketuat tersebut. Ulangi hingga ketuat itu tanggal

Tiada ulasan:

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1