Nuffnang Ads

Selasa, 3 Julai 2012

Khasiat Asam Gelugor





ASAM GELUGOR  mempunyai pelbagai khasiat. Khasiat yang ada pada asam gelugur bukan sahaja terletak pada buah yang belum dijemur, malah ia juga mempunyai pelbagai kegunaan selepas dijemur. Secara amnya buah asam gelugur ini mengandungi asid askorbik yang bersifat antibakteria. Kandungan asid sitrik yang terdapat dalam buah ini juga mampu mengurangkan masalah obesiti selain dapat menyingkirkan lemak dalam badan.

Ia juga boleh menurunkan berat badan melalui pengurangan selera makan. Daun muda dan bunganya boleh dijadikan perasa dalam masakan atau dijadikan ulam, kerabu atau sebagai pembuka selera. Setiap kepingan asam yang telah dikeringkan biasanya akan dicampurkan dalam masakan Melayu seperti masak kari, masak asam, sup, tomyam dan banyak lagi. Ia juga boleh digunakan dalam proses mewarnakan kain, selain dijadikan sebagai pokok hiasan.

Pokok asam gelugor biasanya akan membesar sehingga 20 meter dan ini menyebabkan orang biasanya menanamnya di ladang sahaja. Buahnya boleh ditumbuk lumat dan direndam dalam cuka lalu dilumur kepada tubuh wanita. la sebenarnya boleh mengembalikan bentuk tubuh asal wanita dan menjadikannya ramping seperti sedia kala. Biasanya hanya wanita yang baru lepas bersalin menggunakan bahan-bahan ini.

Kepingan buahnya pula jika dimakan, dapat mengurangkan berat badan, mengatasi masalah obesiti dan menurunkan tahap kolesterol. Daun asam gelugor yang tua berwarna hijau pekat manakala daun yang muda sedikit kemerahan sebelum hijau. Pada masa dahulu orang menggunakan daun asam gelugor dibuat jus untuk diminum wanita selepas bersalin. la berupaya membantu mencuci bahagian peranakan dan mengembalikan bentuk asal tubuh badan. Daun dan akar pokok boleh dijadikan ubat atau dijadikan losyen untuk merawat sakit telinga.

1 ulasan:

Nizam berkata...

Koi pernoh mamoh gitu je.Bercerut urat perut...

Tajaan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1