Sabtu, 17 Disember 2011
Petua Untuk Membuang Lemak Badan
CARA 1:
Ambil 3 – 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama 1 bulan. Jika anda disiplinkan diri untuk menjaga pemakanan dan selalu bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai.
CARA 2:
Air asam jawa elok dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan ia minuman anda selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
CARA 3:
Makan betik segar setiap hari tapi harus diingat, anda perlu mengamalkannya setiap hari untuk menyingkirkan lemak yang berlebihan ni. Bukannya makan sekali sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tajaan
RADIOKITA STESEN 1
1 ulasan:
slm ibu mohon share...
Catat Ulasan