Nuffnang Ads

Ahad, 20 Februari 2011

KHASIAT/PETUA: Sayuran




KHASIAT BUAH MENTIMUN/TIMUN
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat. Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci. Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimun yang sudah diparut. Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.

PETUA KACANG BENDI TETAP SEGAR
Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.

PETUA MEMILIH SAYUR-SAYURAN
1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil
3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.

PETUA TAUHU LEBIH TAHAN
Tauhu lebih tahan jika ia dididihkan sebentar. Kemudian biarkan ia terendam sehingga air itu sejuk sendiri.

PETUA MENGHANCURKAN BIJI CILI
•Masukkan cili dan bahan-bahan lain ke dalam balang pengisar.
•Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam balang pengisar.
•Kisar sehingga semuanya hancur.

KHASIAT ULAM RAJA
Ia digunakan sebagai ajen pencuci darah dan untuk menguatkan tulang.

BENDI
Sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam perubatan berkesan digunakan sebagai perangsang buang air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

4 ulasan:

norien arshad berkata...

thanx tok petua :)

Nizam Awang Brahim berkata...

Bergune amat weh.

Kakzakie Purvit berkata...

Assalamu'alaikum...

Bertandang masuk terus terpikat. Cantik anda amat berguna petua yg diberikan. Kakak teruja juga kerana dapat menimba ilmu. Terima kasih.

Unknown berkata...

manja memang minum minyak kelapa dara,
khasiat dia memang betul
kalu korang nak, boleh cari dekat JUSCO ade jual, dekat bahagian organic. x mahal pun. ade 3 saiz, kalu nk cuba pilih yg botol kecik dulu, baru rm18.90 kut.

Tajaan

Related Posts with Thumbnails

RADIOKITA STESEN 1