Khamis, 10 Februari 2011
Khasiat Kacang Hijau
Setiap jenis makanan mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membantu kesihatan dan kecantikan diri seseorang jika diambil mengikut kadar sesuai. Antara makanan yang mempunyai khasiat tinggi, tetapi kurang diketahui orang ramai ialah kacang hijau atau nama saintifiknya Phaseolus Radiatus L.
Dipercayai berasal dari India, ia mengandungi protein, vitamin B1, vitamin B2, Vitamin A, vitamin E, niasin, amylum, besi, belerang dan mineral penting seperti fosfor, kalsium serta karotin yang amat diperlukan tubuh.
Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak di dalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka dan zat gizi di dalamnya mampu mengatasi penyakit anemia (kurang sel darah merah), membantu mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.
Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan) C52 Jabatan Kesihatan Selangor, Jamilah Ahmad, berkata protein dan zat besi yang tinggi dalam kacang hijau dapat membantu tumbesaran seseorang terutama golongan kanak-kanak dan ia juga mampu membina darah.
"Setiap individu digalakkan mengambil kacang hijau dalam diet mereka bagi memastikan badan memperoleh zat yang diperlukan. Kacang hijau dapat menggantikan sumber protein haiwan seperti yang terkandung dalam daging serta ikan," katanya.
Jamilah berkata, bagi golongan berpendapatan rendah atau suri rumah yang ingin berjimat terutama ketika harga barangan meningkat, mereka boleh memasak produk daripada sumber kacang hijau untuk keluarga berikutan harganya yang lebih murah.
Katanya, pengambilan kacang hijau dalam kuantiti setengah atau satu cawan sudah mencukupi bagi seseorang.
"Kekurangan seseorang mengambil kekacang boleh mengehadkan zat untuk tubuh mereka, tetapi pengambilan berlebihan tidak mendatangkan sebarang kesan negatif.
"Penggunaan atau pemakanan kacang hijau di kalangan masyarakat adalah menggalakkan dan kebanyakan penduduk di negara ini gemarkan produk makanan berasaskan kacang hijau seperti bubur kacang hijau, kuih kacang dan tempe," katanya.
Di negara ini, katanya, semua etnik menggemari kacang hijau dan menggunakan produk itu dalam masakan mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tajaan
RADIOKITA STESEN 1
4 ulasan:
udah lama nggak makan kacang hijau
nice info..:)
salam kenal
terima kasih kerana sudi follow saya.
nice info sobat, ternyata kacang hijau bisa juga buat anemia
Catat Ulasan