Rabu, 10 Mac 2010
Petua Hilangkan Hanyir
Hilangkan Bau Hanyir Ayam :
Petua 1 : Lumurkan dua sudu makan cuka dan biar selama satu jam. Kemudian baru dicuci seperti biasa. InsyaAllah bau hanyir dan lendir ayam tadi akan hilang.
Petua 2 : Terlebih dahulu lumurkan ayam dengan tepung gandum. Rendamkan dalam air sehingga 10 minit. Cucikan dengan air bersih.
-----------------------------------------------------------
Hilangkan Bau Hanyir Ikan Pada Tangan :
Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, lumurkan sedikit halia yang sudah ditumbuk pada tangan.
Selain halia, ubat gigi juga boleh digunakan dengan melumurkannya pada tangan. Kemudian di bilas.
Selain itu juga, Asam Jawa juga boleh digunakan. Air asam jawa pekat hendaklah dicampurkan dengan ikan. Kemudian direndam lebih kurang satu jam. Kemudian barulah dibasuh dengan air biasa.
-----------------------------------------------------------
Hilangkan Hanyir Ikan Darat;
Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut.
Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.
-----------------------------------------------------------
Masalah Hanyir Ikan, Ayam & Daging
Semasa hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung gandum, biarkan seketika. Selepas itu basuh dengan air bersih. Insya’allah. Selamat mencuba.
Cara Hilangkan Hanyir Ikan
Ikan terutamanya haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.
Hilangkan Hanyir Ikan & Makanan Laut
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan atau badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.
-----------------------------------------------------------
Menghilangkan Hanyir Telur Goreng:
1. Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur.
2. Kacau sehingga rata selepas itu barulah digoreng.
-----------------------------------------------------------
Masalah Hanyir sotong:
1. Rendamkan sotong kering tu dengan ubat sotong.
2. Setelah 5 - 6 jam di rendam.. bilas air rendaman tersebut..buangkan air yang pertama dan rendam sotong guna air biasa.
3. rendam semalamam..
4.potong kecil2 sotong itu agak2 senang nak makan..
5. gorengkan sotong tadi atas api sederhana tanpa minyak..ini adalah untuk mengeluarkan air dan lendir sotong. jangan tambahkan air.. goreng sehingga ia hilang airnya.
6. kemudian masak la seperti biasa..
--------------------------------------------------------------
Hilangkan Bau Hamis Daging:
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih.
Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tajaan
RADIOKITA STESEN 1
3 ulasan:
info menarik, ibu :)
ada tak petua hilangkan angin dalam badan..?
Wira TLC nanti ibu carikan .. tp kenalah berkunjung selalu ke blog ibu - mcm juga panduan menghilangkan hanyir ni atas permintaan pengunjung juga.
terima kasih
Catat Ulasan